13 Mar 2012

Apa Setuasi Sebenar KAFA Dengan Pemain Import Kelantan?

Apakah sebenarnya rancangan pengurusan KAFA dengan pemain import? Persoalan ini sebenarnya agak sukar untuk difahami oleh kebanyakan penyokong.Ianya perlu difahami dengan teliti.Penulis sebenarnya agak terkejut dan kurang faham juga pada awalnya dengan apa yang dilakukan oleh pihak KAFA. Jadi Penulis cuba mendapatkan maklumat-maklumat tentang pemain-pemain yang diambil oleh pihak KAFA.Dengan sedikit sebanyak maklumat yang penulis perolehi, maka penulis merasakan apa yang penulis catatkan inilah strategi yang cuba dirancang oleh pihak pengurusan KAFA.

Pemain-pemain import yang dicuba serta ditandatangi kontrak oleh KAFA kebanyakkannya adalah dibawah harga pasaran serta mempunyai masa depan yang agak cerah kerana sesetengahnya masih terlalu muda untuk bermain didalam Liga yang kompatatif. Namun ianya baik untuk perancangan masa depan pasukan. Pemain seperti Antwi dan Okine masih lagi muda dimana mereka hanya berumur sembilan belas dan dua puluh tahun tetapi dengan bakat yang mereka ada, adalah tidak mustahil untuk mereka akan lebih baik dalam satu atau dua tahun akan datang. Gaji mereka pula lebih kurang sahaja dengan pemain tempatan yang ada didalam skuad Kelantan dan lebih rendah dari sesetengah "bintang" yang ada didalam pasukan Kelantan.

Pergi pula kepada kisah Ghaddar. Difahamkan beliau adalah pemain import termahal yang pernah Kelantan miliki namun beliau agak 'demand' pada awalnya dan ini bolehlah dikatakan agak kurang baik kepada pengurusan dan para pemain lain didalam pasukan. Pihak pengurusan tidak mahu melayan kerenah yang ditimbulkan tersebut maka dengan yang demikianlah pihak pengurusan cuba mendapatkan pemain import lain. Namun kekangan kewangan membataskan pihak KAFA untuk mengambil pemain import lain yang setara dengan prestasi Ghaddar.


Mahu tidak mahu KAFA terpaksa juga menggunakan khidmat Ghaddar. setelah diberi peluang yang agak lama didalam pasukan, namun Ghaddar ada pula masalah lain dari pandangan dan penilaian jurulatih sebelum ini iaitu Butler. James Butler tidak berpuashati dengan tahap kecergasan Ghaddar dan meminta agar KAFA mencari alternatif pemain import lain sedangkan KAFA tidak mampu lagi untuk mencari pemain yang setara prestasi dan kebolehan seperti Ghaddar disebabkan kekangan kewangan yang membataskan perbelanjaan KAFA.

Dalam setuasi tersebut KAFA didatangi ejen menawarkan khidmat Nwoha secara percuma kepada KAFA. Nwoha sebenarnya hanya bergantung kepada rekod lama beliau sahaja bila menawarkan diri bermain dengan Kelantan.Pada awalnya pihak KAFA agak keberatan untuk mengambil Nwoha bermain, namun pihak pengurusan bersetuju memberi peluang kepada Nwoha dengan bersyarat. Dan syarat itu dibincang oelh kedua-dua belah pihak serta dipersetujuai bersama. KAFA meletakkan syarat iaitu dengan setuasi tanpa diuji terlebih dahulu prestasi didalam permainan serta dengan rekod lama tidak bermain, mereka boleh memberi peluang kepada Nwoha bermain dalam tempoh masa ditentukan tanpa bayaran gaji. Dan Nwoha menyahut cabaran tersebut asalkan beliau diberi peluang bermain dan berlatih dengan pasukan utama TRW. Adakah Nwoha akan berjaya dengan pertaruhannya itu? Sama-sama kita tunggu dan lihat sehingga bulan April nanti.Sekiranya Nwoha berjaya mepamerkan prestasi terbaiknya dalam masa yang ditetapkan oleh KAFA, maka beliau akan ditawarkan kontrak untuk bermain dengan TRW.

Sebenarnya KAFA tidak bimbang dengan resiko yang diambil oleh mereka kerana mereka sudah pun memiliki para pemain tempatan yang baik serta bintang-bintang utama di Malaysia bermain dalam pasukan TRW. Mereka tidak dalam keadaan terdesak untuk mencari pemain import untuk mengisi posisi yang bermasalah oleh kerana mereka sudah memilikinya disegenap posisi. Mereka boleh dikatakan sudah cukup pemain yang boleh digilirkan dengan kemasukan pemain tempatan terbaik seperti Indra, Azizi, Farhan serta Azlan Ismail kedalam pasukan TRW. Mereka juga mengekalkan kesemua pemain utama yang membawa kejayaan kepada TRW pada musim 2011. SEMOGA BERJAYA TRW

12 Mar 2012

Betulkah Pemain Import Kelantan Tidak Berkualiti?

Betulkan para pemain import yang diuji serta diambil oleh pasukan Kelantan sekarang ini tidak berkualiti dan tidak setanding import pasukan lain dalam Liga M? Persoalan inilah yang sering dipersoalkan oleh para penyokong kita sekarang. Bagi pendapat penulis, pemain import yang diambil oleh pasukan Kelantan sebenarnya setanding dengan pemain import yang bermain dengan pasukan lain didalam Liga M.
Contoh yang paling ketara adalah pemain seperti Zakaria Charara dan Amanuel Okine yang dipinjamkan oleh Pasukan Kelantan kepada Kuala Lumpur. Pemain ini tidak mendapat tempat didalam pasukan Kelantan sekarang namun menjadi tonggak dan kesebelasan utama dalam pasukan Kuala Lumpur. Jika dikatakan pemain import negeri lain hebat-hebat belaka rasanya tidak juga. Perlu diingat, pemain import juga bergantung atas banyak faktor untuk membuktikan kemampuan sebenar mereka.

Penulis mengambil contoh pemain import pasukan Negeri Sembilan dan Selangor. Walaupun rasanya pemain ini jauh lebih mahal dibayar berbanding pemain import Kelantan namun prestasi mereka tidak lah sehebat mana buat masa sekarang ini. Mereka nampak hebat dan menyerlah pada peringkat awal penampilan mereka didalam pasukan, namun selepas itu mula tenggelam. Kenapa ini berlaku? Itu yang penulis katakan bahawa mereka juga tidak jauh bezanya dengan pemain import yang Kelantan miliki.
Mereka nampak bagus pada awal penampilan oleh kerana para pemain pasukan lain belum dapat membaca permainan mereka. Berlainan dengan import Kelantan seperti Mohammad Ghaddar yang berstatuskan penjaring terbanyak Liga serta penjaring terbanyak AFC, sudah tentu akan mendatangkan gerun kepada pasukan lawan, dan dengan itu sudah tentu persediaan serta kawalan ketat akan terarah kepada beliau.Itu hanya salah satu faktornya, dan faktor yang paling utama adalah, yang perlu akuai adalah amat sukar bagi mana-mana pemain import untuk mendapat tempat serta berprestasi menonjol dalam masa yang singkat didalam mana-mana pasukan lebih-lebih lagi bila bermain dengan sebuah pasukan yang memiliki ramai pemain yang hebat seperti pasukan Kelantan.
Mereka perlu megatasi tahap prestasi pemain tempatan yang ada didalam pasukan tersebut yang sudah lama bermain bersama dan sudah mengenali permainan masing-masing didalam pasukan. Lebih-lebih lagi pasukan seperti Kelantan yang sudah memilki pemain-pemain yang hebat didalam pasukan seperti Mat Yo, Indra, Farhan, Chanturu, Nurul serta Piya dibarisan depan dan tengah. dan mereka ini sudah mengenali corak permainan masing-masing dan agak serasi bila bermain bersama-sama sebagai satu pasukan. Setuasi ini berlainan bagi seorang pemain import yang baru bermain didalam pasukan. Maka amat wajarlah kita memberi mereka sedikit masa untuk menyesuaikan diri serta mengenali corak rakan-rakan baru mereka didalam pasukan.

Agak mudah bagi pemain import untuk bermain dengan pasukan yang tidak mempunyai ramai pemain yang hebat berbanding bermain dengan sebuah pasukan himpunan bintang seperti pasukan Kelantan. Ini kerana mereka akan nampak hebat didalam pasukan tersebut serta menonjol oleh kerana pemain lain didalam pasukan tersebut tidak setanding dan sehebat mereka walaupun hakikatnya prestasi import tersebut tidak lah terlalu jauh bezanya prestasi mereka jika dibandingkan dengan pemain tempatan lain yang ada didalam sesetengah pasukan gergasi di Malaysia. Perlu juga diingat bahawa pasukan lemah akan melipatgandakan prestasi mereka bila bermain dengan pasukan seperti Kelantan untuk mencapai kejayaan.

Mampukah Kelantan Menjuarai Liga Pada Peretengahan Musim?

Mampukan pasukan Kelantan mengekalkan rentak kemenangan untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai pendahulu Liga hingga ke perlawanan terakhir pertengahan musim?. Dengan prestasi terkini penulis berasakan amat yakin Kelantan mampu melakukannya.

Prestasi Kelantan kini menampakkan semakin meningkat walaupun agak bermasalah pada awal musim. Walaupun dilanda pelbagai masalah, namun ianya tidak sedikitpun menjejaskan prestasi pasukan Kelantan. Inilah kelebihannya apabila sebuah pasukan itu memiliki para pemain yang berpengalaman serta bagus.

Walaupun dengan pertukaran jurulatih yang baru iaitu Bojan Hodak bagi menggantikan James Peter Butler yang dikatakan bermasalah dengan pihak pengurusan, namun ianya langsung tidak menjejaskan prestasi dan tumpuan para pemain kepada pasukan.Dengan penerapan corak latihan serta taktikal baru oleh Hodak, namun ianya tidak memerlukan masa yang agak lama untuk praktikkan dengan baik oleh para pemain Kelantan.Dalam tiga perlawanan terakhir dibawah bimbingan Bojan Hodak, Kelantan belum pernah tewas dan menjaringkan lima gol serta bolos tiga mencatat dua kemenangan dan seri sekali.Ianya agak bagus bagi seoarang jurulatih yang baru mengambil alih pasukan.
Kelantan akan mengharungi jadual perlawanan yang agak padat pada dua minggu terakhir bulan Mac nanti. Bermula dengan perlawanan Liga Super menentang Perak ditempat lawan, kemudian pasukan Kelantan akan terbang ke Myanmar untuk bermain dalam perlawanan Piala Afc pula tiga hari kemudian iaitu pada 21 Mac. Namum bagi penulis, Kelantan tidak akan menghadapi masalah besar dengan susuanan jadual yang padat ini kerana mereka memilki para pemain simpanan yang sedia untuk diturunkan dan telah terbukti mampu untuk menggalas tugas yang diamanahkan.

Kelantan memiliki para pemain simpanan dan utama yang agak setara prestasi mereka. Kelantan juga berkelebihan kerana mereka mempunyai dua simpanan pemain import yang boleh bermain di Piala Afc iaiti Mohammad Ghaddar dan Deny Antwi.Maka dengan itu Kelantan ada banyak kelebihan kerana telah bersedia sejak dari awal lagi. Mereka sudah menjangka perkara ini akan berlaku apabila mereka terlibat dengan perlawanan Piala Afc.

9 Mar 2012

Kenapa Nwoha Masih Kekal Sebagai Pemain Import TRW

Apakah betul dan adil cara kita menilai pemain IMPORT yang kita ada? Apa yang kita nilai dari mereka? Adakah bagi seorang penyerang kita hanya menilai dengan jaringan yang dibuatnya? Bagaimana pula denga peranan atau sumbangannya kepada pasukan? Adakah tiada nilai di pandangan kita?

Bukan mudah untuk kita menilai seadilnya kecuali jika kita mengetahuai segala maklumat dan perancangan pihak yang berkenaan, iaitu pihak pengurusan dan kem kejurulatihan pasukan. Setiap pasukan sudah pasti ada cara mereka tersendri yang ingin mereka gunakan dan disinilah memerlukan seseorang pemain yang sesuai dengaan perancangan pasukan. Selalunya yang menjadi mangsa cemuhan penyokong adalah pemain IMPORT yang bermain diposisi penyerang dan agak mudah bagi pemain yang bermain diposisi selain dari penyerang.


Disini penulis ingin bekongsi pandangan penulis dengan anda semua perihal import kita yang bernama Nwoha.Tahukah kita kenapa dengan prestasi yang agak buruk namun beliau masih lagi ada tempat dan kekal dalam pasukan TRW? Ini kerana Nwoha ada "pertaruhan perjanjian" dengan pihak pengurusan. Dan pertaruhannya adalah prestasi dan kebolehan beliau. Mengikut maklumat yang diperolehi, pihak pengurusan bersetuju untuk membenarkan Nwoha bermain serta berlatih dengan pasukan TRW dengan syarat tanpa ada sebarang bayaran atau pampasan dikenakan oleh pihak Nwoha. Dan Nwoha bersetuju dengan syarat tersebut dengan mempertaruhkan prestasi beliau sebagai sandaran.Beliau cukup yakin dengan kebolehan beliau, maka kita tunggu dan lihat saja hasilnya.

Mengikut perjanjian tersebut, pihak pengurusan akan menilai prestasi Nwoha didalam semua pertandingan yang melibatkan pasukan Kelantan iaitu sehingga ke awal bulan April, iaitu tarikh untuk perpindahan dan pendaftaran pemain import dibuka semula. Perjanjian ini bolehlah dianggap sebagai perjanjian menang-menang antara kedua belah pihak. Kenapa Nwoha sanggup bermain tanpa sebarang bayaran? Ini kerana beliau tiada pasukan untuk berlatih dan bermain didalam perlawanan yang kompatatif dan Kelantan lah tempat yang terbaik bagi beliau mengembalikan semula sentuhan permainan beliau yang hilang. Nwoha berehat terlalu lama dari sebarang perlawanan dan juga berlatih bersama sebagai sebuah pasukan dan disebabkan faktor inilah prestasi beliau begitu menjunam.




Dari penilaian penulis, ianya bukan sesuatu yang "tak Mungkin" bagi seorang pemain seperti Nwoha kembali menemuai sentuhannya yang hilang jika dilihat dari segi kesungguhan dan displin yang beliau tonjolkan. Beliau baru sahaja melaluai sebanyak 4 perlawanan dan berlatih bersama lebih kurang sebulan namun sudah banyak peningkatan yang telah beliau capai dan tunjukkan. Yang paling penting sekarang ini adalah beliau perlu meningkatkan lagi tahap kecergasan beliau. Kelebihan yang dimiliki Nwoha ialah beliau boleh membuat tendangan padu dari kedua-dua belah kaki beliau dan kekurangan kepada saingan beliau iaitu Ghaddar dan Antwi.

Kenapa KAFA memilih Nwoha berbanding Ghaddar? Ini kerana pihak KAFA yakin dengan pemain-pemain tempatan yang mereka miliki didalam pasukan dan mereka yakin tanpa pemain import pada jentera serangan pun, pasukan mampu menjaringkan Gol dengan adanya Mat Yo, Indra, Piya serta pemain-pemain lain yang juga mampu menjaringkan gol. Dengan tenaga tempatan pun Kelantan sudah nampak agak kuat dibahagian serangan mereka. Dan disini pihak pengurusan menyusun strategi awal dengan mepertaruhkan Nwoha sebagai pemain import "percuma" didalam pasukan.




Nampaknya perancangan KAFA sudah nampak sedikit sinar bila dinilai dari peningkatan yang dipamerkan oleh Nwoha dan bukan sesuatu yang mustahil apabila tamat perjanjian nanti, Nwoha sudah menemuai sentuhan yang beliau cari selama ini dengan peluang yang diberikan oleh KAFA kepada beliau.Kita doakan kejayaannya demi sokongan kita kepada TRW. Hanya sokongan serta kata-kata semangat dari kita sebagai penyokong yang boleh membantu para pemain diatas padang.

Tempat untuk seorang lagi pemain import TRW iaitu Obina Nwaneri boleh dikatakan selamat. Dengan prestasi serta kecekapan beliau mengemudi benteng pasukan, rasanya beliau memang tiada masalah untuk kekal kecuali jika beliau ada masalah displin dengan pasukan. Rasanya tidak ada.Dengan pengalaman yang luas yang beliau miliki diperlawanan-perlawanan peringkat antarabangsa maka cukup cepat untuk beliau menyesuaikan diri dengan pasukan. Persaingan sekarang adalah antara Nwoha, Ghaddar dan Antwi untuk merebut satu tempat sebagai pemain import untuk Liga M.


GOMO KELATE GOMO



Ini adalah pandangan penulis semata-mata.

8 Mar 2012

Tahniah Kepada Penyokong Kelantan TRW.

Ucapan TAHNIAH kepada penyokong Kelantan TRW yang datang ke stadium semalam yang menyaksikan Kelantan hanya mampu seri menentang NaviBank Saigon dalam saingan Piala AFC. Perlawanan berjalan dengan lancar serta memberi kelegaan kepada KAFA kerana tiada perkara-perkara yang amat dibimbangi oleh KAFA berlaku. Tiada balingan objek kedalam padang, tiada pembakaran mercun dan sebagainya berlaku sama ada dibangku penyokong atau kedalam padang. Tahniah.


Inilah yang kita mahukan dari penyokong kerana perlawanan semalam disiarkan ke banyak negara luar. Gelagat serta cara sokongan kita juga diperhatikan oleh pihak AFC dan ianya salah satu kretaria yang penting untuk meningkatkan gred Liga kita dari "gred D" kepada 'Gred C'.

Teruskan sokongan dan sikap sebegini apabila perlawanan kedua AFC nanti yang dikhabarakan akan dimainkan di Kota Bharu. Jangan ada lagi balingan objek atau pembakaran mercun didalam stadium kerana denda yang amat tinggi akan dikena oleh pihak AFC kepada pihak tuan rumah(KAFA) dan ini amat merugikan kita semua.

Walaupun kehadiran penyokong yang agak berkurangan sekitar 6000 org, namun ianya tetap membanggakan jika diambil kira dengan faktor-faktor luaran yang lain seperti hujan yang lebat sejak dari sebelum perlawanan serta perlawanan dilangsungkan pada hari berkerja. Buktikan bahawa kita juga mampu menjadi penyokong yang terbaik kepada pasukan Kelantan dan Malaysia amnya.

Kelantan TRW Hanya Mampu Seri Perlawanan Pertama AFC

Adakah anda berpuashati dengan permainan yang dipamerkan oleh Kelantan semalam? Bagi penulis ianya cukup baik bagi sebuah pasukan seperti Kelantan yang pertama kali bermain diperingkat yang lebih tinggi dari Liga domestik yang disertai selama ini. Didalam perlawanan yang pertama agak sukar bagi mana-mana pasukan sekali pun untuk terus mempamerkan permainan mereka yang sebenar namun bagi penulis Kelantan telah berjaya mempamerkan permainan yang terpuji dan berkesan.

Hanya kebuntuan jaringan yang memisahkan Kelantan dari membawa kejayaan yang lebih gemilang kepada Penyokongnya, namun ianya tidak perlu menerbitkan rasa kecewa dikalangan penyokong setia TRW.Banyak faktor yang memainkan peranan disebalik keputusan seri yang dicatatkan oleh Kelantan semalam. Dengan keadaan padang yang ditakungi air, kecederaan pemain utama, pengalaman serta keserasian dan persefahaman antara pemain tempatan dan import juga menjadi penyebabnya.


Kelantan menurunkan kesemua importnya semalam namun masih lagi buntu untuk mencipta jaringan. Faktor utamanya adalah persefahaman antara pemain yang nyata menampakkan sedikit kecelaruan. Ghaddar sudah hampir sebulan tidak bermain pada perlawanan - perlawanan kompetatif sejak nama beliau disingkirkan dari senarai pemain Liga M dan keadaan ini menampakkan sedikit penurunan prestasi beliau. begitu juga dengan Antwi, walaupun pemain ini begitu rajin didalam padang namun kecetekan pengalaman serta perubahan posisi membataskan beliau untuk mempamerkan prestasi yang lebih baik.

Pemain yang menjadi perhatian sudah tentu penyerang import untuk Liga M, iaitu Nwoha. Pada penilaian dan pandangan penulis, pemain ini memang agak berkarat namun beliau mepamerkan kesungguhan untuk membuktikan bahawa beliau sememangnya seorang pemain yang baik diposisi serangan. Perlu diingat bahawa beliau sudah lama tidak bermain serta berlatih bersama sebagai satu pasukan yang mana sebab-sebabnya tidak diketahuai, namun pada pemerhatian penulis, ada banyak peningkatan permainan yang telah beliau pamerkan.


Berilah beliau sokongan dan peluang agar beliau terus berusaha untuk meningkatkan prestasi beliau. Kita tidak rugi apa-apa pun dengan memberikan beliau sokongan dan peluang.Perlu diingat juga bahawa beliau bermain dengan Kelantan diatas satu pertaruhan iaitu "pertaruhkan Prestasi". Beliau bermain tanpa sebarang bayaran tetapi beliau minta agaar diberikan peluang untuk berlatih dan bermain dengan pasukan Kelantan sehingga kebulan April akan datang dan disitulah nanti penilaian prestasi beliau akan dinilai oleh pihak pengurusan.

5 Mar 2012

Ghaddar Kembali Beraksi.

Ghaddar dan Antwi Kembali Beraksi! Esok adalah harinya jika awok-awok kito merasa rindu dengan aksi Ghaddar dan Antwi. Keinginan untuk melihat aksi sudah pasti lebih terarah kepada "Bintang Yang Tersisih" iaitu Mohammad Ghaddar. Bolehkah Ghaddar mempamerkan aksi yang berkualiti pada malam esok?. Persoalan ini mula bermain difikiran penulis oleh kerana beliau sudah agak lama berehat dari aksi perlawanan kompatatif.


Kerugian yang amat besar apabila pihak pengurusan membuat keputusan untuk merehatkan beliau dari beraksi didalam kancah Liga M. Apakah sebab sebenar yang membuatkan pihak pengurusan merehatkan beliau? Betulkah disebabkan sikap atau desakan penyokong yang menunjukkan 'aura' tidak senang dengan aksi Ghaddar?. Kenapa pula sekarang ini "AURA RINDU" pada Ghaddar sudah menjadi satu fenomena pula?.

Memang banyak persoalan yang timbul dalam pengurusan dan kem TRW pada awal musim ini. Namun kita lupakan dulu persoalan itu dan teruskan dengan semangat kita untuk terus memberi sokongan kepda TRW. Penyokonglah sebenarnya yang menjadi "nadi" kepada segala kebangkitan TRW dan penyokong jugalah yang menjadi aset yang paling berharga kepada mana-mana pasukan yang ingin berjaya.

Jangan lupa untuk kita teruskan semangat dan kesetiaan kita untuk terus menyokong pada malam esok bagi melihat sejarah tercipta. Pasukan TRW buat julung kalinya beraksi dipentas Antarabangsa didalam pertandingan AFC Cup. Mampukah TRW memberikan saingan kepada pasukan-pasukan berstatus juara Liga di Asia Tenggara? Sama-sama kita pakat pergi saksikan.

Wajarkah Prestasi Nwoha Berterusan DiCemuh Peminat?

Ambo rasa kita sebagai penyokong perlu adil didalam menilai prestasi Beliau. Mengikut maklumat yang diperolehi, Nwoha bermain untuk TRW diatas dasar khidmat percuma bagi tujuan penilaian prestasi.

Maka bagi Ambo tidak adillah jika kita terus mencemuh beliau jika diikutkan atas dasar tersebut. Jika diikutkan rekod Nwoha ,pada tahun 2006-2008 prestasi beliau boleh dikatakan agak baik dan mungkin atas faktor inilah beliau diambil bermain oleh pengurusan TRW. Namun beliau berehat panjang diatas faktor yg tidak diketahuai dan berkemungkinan besar kerana kecederaan.

Walau sehebat mana sekalipun beliau sebelum ini, namun agak sukar bagi beliau untuk kembali kepada prestasi asal disebabkan tanpa latihan serta perlawanan dan disebabkan faktor itulah Nwoha menawarkan khidmatnya secara percuma kepada TRW. Dan jika diikutkan perjanjian, beliau akan diberi peluang sehingga ke Bulan April (pertengahan Musim) dan dari situlah pihak pengurusan akan menilai dan membuat keputusan sama ada menamat atau meneruskan khidmat beliau.

Kesilapannya adalah dibahu pihak pengurusan kerana tidak memikirkan perkara negatif bakal berlaku ketika membuat pertukaran senarai nama pemain import untuk Liga M tanpa mengujinya terlebih dahulu dan menggugurkan nama Mohammad Ghaddar.

Bagi Ambo, Nwoha seharusnya dinilai terlebih dahulu didalam latihan dengan memberikan beliau tempat untuk bersama-sama pemain TRW menjalani latihan bersama dan bukanya terus membuat keputusan yg berisiko kepada pasukan seperti apa yg dialami oleh pasukan TRW sekarang.

Dengan masalah kecederaan pemain seorg demi seorg yg dialami oleh TRW skg, sangat bermasalah bagi TRW mencari seorg pemain yg benar-benar berperanan besar pada jentera serangan. inilah bahananya bila membuat keputusan memilih pemain tanpa menanyakan pendapat org yg lebih pakar dalam bidangnya.

Tahniah!! Kelantan TRW Kerana Mencapai kemenangan.

Perlawanan semalam adalah ujian pertama buat jurulatih baru TRW Bojan Hodak. Adakah beliau telah berjaya? Itu persoalan kedua dan belum masanya untuk kita nilai sebab kita dah sememangnya memiliki para pemain yg berkaliber dan digeruni lawan. 


Apa yg boleh dilihat adalah sedikit kecelaruan ditunjukkan oleh para pemain apabila berlaku perubahan gaya permainan dan taktikal diantara Butler dan Hodak ,dan ini adalah perkara yg biasa berlaku kepada mana-mana pasukan sekalipun. 

Dengan Farhan diletakkan sebagai penyerang utama merasakan sedikit kelainan bagi beliau disebab beliau sudah terbiasa bermain diposisi sayap kanan dibawah kendalian Butler. Indra juga agak tidak berperanan apabila posisinya kerap bertukar dari sayap kiri kepada striker dan semalam kembali kepada posisi asal sayap kiri tetapi atas pengalaman yg beliau miliki, beliau boleh mengimbanginya sedikit demi sedikit. 

4 Mar 2012

Nwoha Oh Nwoha!!!

Ape dah jadi dengan Nwoha?.Tidak adil rasnya jika terus-terusan mencemuh atau mencela beliau dengan ape yg beliau pamerkan skg. Perlu diingat bahawa beliau bermain dengan Kelantan adalah secara percuma dan mengikut perjanjian adlah sehingga ke pertengahan musim Liga M. 


Persoalannya adalah kenapa pihak pengurusan sanggup mengambil resiko yg begitu besar dengan menukar senarai pemain import yg sedia ada(Ghaddar) kepada seorg pemain yg sudah lama tidak beraksi dipentas pertandingan kompatatif?. 

Sebenarnya Nwoha tahu dan sedar akan kebolehannya dan oleh yg demikianlah beliau dengan suka relanya menawarkan untuk bermain dengan Kelantan tanpa dibayar gaji tetapi masalhnya ialah kenapa pihak pengurusan sanggup mengambil resiko ini. Bukan perkara yg senaang bagi seorg pemain untuk kembali kepada prestasi yg asal dalam masa yg singkat lebih-lebih lagi dengan usia Nwoha yg sudah hampir mencecah 30a. 

Kisah Suko dari Koto Bharu.

Sapo seko, takdok sapo seko S. Chanturu yeyy sering dikritik hebat ekoran prestasi tidak menentu pada musim ni berjayo menjaringkan gol keduo dan kemenange Kelate keatas Negeri Sembile di tempat keramat, Stadium Sulte Muhamad Ke-IV, KB, male tadi.


Penulis sdiri melopat bangun masa Chanturu score padahal awal-awal tu niat doh aku tokse bangun lopat kalu Kelate sumbat.

Akhirnya penulis malu sdiri sebab tokleh mengotakan janji pado diri untuk tidak gembira dengan keputusan yeyy anok buah Bojan Hodak buat pada perlawane tadi.

Super Warriors Ditubuhkan.


Laman blog bagi Halaman Super Warriors ditubuhkan secara rasminya pada 5 Mac 2012. Untuk keterangan dan update berita, sila tunggu. 

Terima kasih.

  © Super Warriors Info Sukan, Berita dan Isu Semasa by RedsfcNews Media 2012

Back to TOP  

Facebook Twitter Yahoo!