5 May 2012

"Rumors" Perpindahan Pemain TRW

Nampaknya ramai yg dok bimbang dengan 'rumors-rumors' yang menyatakan bahawa ada para pemain TRW yang sedang di pancing oleh pasukan luar sekarang ini. Bagi pendapat penulis, ianya adalah perkara biasa saja di dalam industri bolasepak moden kerana ,mana pasukan yg lebih baik maka para pemain ada pilihan mereka sendiri demi masa depan mereka.

Cuma bagi penulis, mereka para pemain perlu memikirkan semasak-masaknya apabila membuat keputusan supaya ianya tidak akan tenggelam selepas perpindahan kepada pasukan yang baru. Pasukan yang baru tidak semestinya akan sebagus dengan pasukan yg kita wakili sekarang. itu yg paling penting untuk dipikirkan. Bagi para penyokong pula, mereka tidak perlu bimbang jika ada para pemain TRW yg akan membuat keputusan untuk berhijarah kerana itu adalah hak mereka. Kita perlu yakin dengan kekuatan yang ada pada kita. Kekuatan sesebuah pasukan bukan hanya boleh di lonajk hanya apabila kita memiliki para pemain yanag hebat semata-mata. Sebuah pasukan memerlukan banyak elemen untuk mencul sebagai sebuah pasukan yang baik.
Inilah kelebihan yang ada pada pasukan kita kerana kita memiliki segal ramuan untuk menjadi pasukan yang hebat. Kita memiliki sebuah badan pengurusan Bolasepak yang terbaik serta berintergriti tinggi untuk membawa pasukan kita ketahap yang terbaik di samping sokongan yang tak berbelah bahagi dari para penyokong dan juga penaja-penaja kita. Elemen-elemen ini amat penting bagi membentuk sebuah pasukan yang baik dan berdaya saing di samping memiliki para pemain yang berkebolehan serta di bantu dengan kepakaran jurulatih yang di lantik.

Pemain datang dan pergi adalah perkara biasa. Masih ramai lagi para pemain terbaik yang berada di luar pasukan Kelantan dan jika dibawa masuk kedalam pasukan sudah pasti mereka akan lebih menyinar kerana Kelantan memiliki segalanya untuk membuatkan mereka menjadi lebih baik. Pemain-pemain yang ada didalam pasukan Kelantan sekarang ini pun dulunya bukan lah seorang pemain bintang, tetapi dengan kesungguhan dan pengurusan terbaik maka mereka menyinar apabila mewakili pasukan Kelantan. Bagi penulis, yang ingin bermain dengan Kelantan lebih ramai dari yang ingin meninggalkan Kelantan, kerana kita membentuk pemain menjadi lebih baik dengan bakat yang ada pada mereka. Kelantan memiliki sebuah pasukan yang baik bermula dari pemain, Jurulatih, pengurusan serta Pengurusan. Apabila semua perkara ini digambungkan maka akan terbentuk lah sebuah pasukan yang hebat sepertimana yang kita miliki sekarang ini.
Sebagai contoh terbaik adalah pasukan jiran kita Terengganu. Mereka memiliki para pemain yang bagus, di mana boleh dikatakan keseluruhan pemain pada musim lepas mereka kekalkan namun prestasi mereka agak menjunam pada musim ini oleh kerana ada sesuatu yang tidak kena didalam pasukan tersebut sedangkan para pemainnya adalah para pemain ynag boleh dikatakan bertaraf bintang semuanya. Bolasepak bukan hanya bergantung kepada hanya pada sama ada bintang atau tidak pemain itu, namun yang paling penting ialah kerjasama diantara pengurusan , pemain, penyokong serta jurulatih.Semua ynag terlibat perlu memainkan peranan dengan berkesan bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap.

Insyallah pada musim depan kita akan memiliki sebuah pasukan yang lebih baik dari musim ini kerana kita memiliki pengurusan serta para penyokong yang terbaik di Malaysia sekarang ini. Pemain akan ada silih berganti demi menguatkan pasukan. Dan yang terbaik akan dikekalkan.Kita serahkan kepada kebijaksanaan pengurusan untuk melakukan keputusan sama ada melepaskan atau mengekalkan seseorang pemain. Kita teruskan dengan peranan kita memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayang kita. KELANTAN THE RED WARRIORS

No comments:

Post a Comment

  © Super Warriors Info Sukan, Berita dan Isu Semasa by RedsfcNews Media 2012

Back to TOP  

Facebook Twitter Yahoo!