8 Mar 2012

Kelantan TRW Hanya Mampu Seri Perlawanan Pertama AFC

Adakah anda berpuashati dengan permainan yang dipamerkan oleh Kelantan semalam? Bagi penulis ianya cukup baik bagi sebuah pasukan seperti Kelantan yang pertama kali bermain diperingkat yang lebih tinggi dari Liga domestik yang disertai selama ini. Didalam perlawanan yang pertama agak sukar bagi mana-mana pasukan sekali pun untuk terus mempamerkan permainan mereka yang sebenar namun bagi penulis Kelantan telah berjaya mempamerkan permainan yang terpuji dan berkesan.

Hanya kebuntuan jaringan yang memisahkan Kelantan dari membawa kejayaan yang lebih gemilang kepada Penyokongnya, namun ianya tidak perlu menerbitkan rasa kecewa dikalangan penyokong setia TRW.Banyak faktor yang memainkan peranan disebalik keputusan seri yang dicatatkan oleh Kelantan semalam. Dengan keadaan padang yang ditakungi air, kecederaan pemain utama, pengalaman serta keserasian dan persefahaman antara pemain tempatan dan import juga menjadi penyebabnya.


Kelantan menurunkan kesemua importnya semalam namun masih lagi buntu untuk mencipta jaringan. Faktor utamanya adalah persefahaman antara pemain yang nyata menampakkan sedikit kecelaruan. Ghaddar sudah hampir sebulan tidak bermain pada perlawanan - perlawanan kompetatif sejak nama beliau disingkirkan dari senarai pemain Liga M dan keadaan ini menampakkan sedikit penurunan prestasi beliau. begitu juga dengan Antwi, walaupun pemain ini begitu rajin didalam padang namun kecetekan pengalaman serta perubahan posisi membataskan beliau untuk mempamerkan prestasi yang lebih baik.

Pemain yang menjadi perhatian sudah tentu penyerang import untuk Liga M, iaitu Nwoha. Pada penilaian dan pandangan penulis, pemain ini memang agak berkarat namun beliau mepamerkan kesungguhan untuk membuktikan bahawa beliau sememangnya seorang pemain yang baik diposisi serangan. Perlu diingat bahawa beliau sudah lama tidak bermain serta berlatih bersama sebagai satu pasukan yang mana sebab-sebabnya tidak diketahuai, namun pada pemerhatian penulis, ada banyak peningkatan permainan yang telah beliau pamerkan.


Berilah beliau sokongan dan peluang agar beliau terus berusaha untuk meningkatkan prestasi beliau. Kita tidak rugi apa-apa pun dengan memberikan beliau sokongan dan peluang.Perlu diingat juga bahawa beliau bermain dengan Kelantan diatas satu pertaruhan iaitu "pertaruhkan Prestasi". Beliau bermain tanpa sebarang bayaran tetapi beliau minta agaar diberikan peluang untuk berlatih dan bermain dengan pasukan Kelantan sehingga kebulan April akan datang dan disitulah nanti penilaian prestasi beliau akan dinilai oleh pihak pengurusan.

No comments:

Post a Comment

  © Super Warriors Info Sukan, Berita dan Isu Semasa by RedsfcNews Media 2012

Back to TOP  

Facebook Twitter Yahoo!