12 Mar 2012

Betulkah Pemain Import Kelantan Tidak Berkualiti?

Betulkan para pemain import yang diuji serta diambil oleh pasukan Kelantan sekarang ini tidak berkualiti dan tidak setanding import pasukan lain dalam Liga M? Persoalan inilah yang sering dipersoalkan oleh para penyokong kita sekarang. Bagi pendapat penulis, pemain import yang diambil oleh pasukan Kelantan sebenarnya setanding dengan pemain import yang bermain dengan pasukan lain didalam Liga M.
Contoh yang paling ketara adalah pemain seperti Zakaria Charara dan Amanuel Okine yang dipinjamkan oleh Pasukan Kelantan kepada Kuala Lumpur. Pemain ini tidak mendapat tempat didalam pasukan Kelantan sekarang namun menjadi tonggak dan kesebelasan utama dalam pasukan Kuala Lumpur. Jika dikatakan pemain import negeri lain hebat-hebat belaka rasanya tidak juga. Perlu diingat, pemain import juga bergantung atas banyak faktor untuk membuktikan kemampuan sebenar mereka.

Penulis mengambil contoh pemain import pasukan Negeri Sembilan dan Selangor. Walaupun rasanya pemain ini jauh lebih mahal dibayar berbanding pemain import Kelantan namun prestasi mereka tidak lah sehebat mana buat masa sekarang ini. Mereka nampak hebat dan menyerlah pada peringkat awal penampilan mereka didalam pasukan, namun selepas itu mula tenggelam. Kenapa ini berlaku? Itu yang penulis katakan bahawa mereka juga tidak jauh bezanya dengan pemain import yang Kelantan miliki.
Mereka nampak bagus pada awal penampilan oleh kerana para pemain pasukan lain belum dapat membaca permainan mereka. Berlainan dengan import Kelantan seperti Mohammad Ghaddar yang berstatuskan penjaring terbanyak Liga serta penjaring terbanyak AFC, sudah tentu akan mendatangkan gerun kepada pasukan lawan, dan dengan itu sudah tentu persediaan serta kawalan ketat akan terarah kepada beliau.Itu hanya salah satu faktornya, dan faktor yang paling utama adalah, yang perlu akuai adalah amat sukar bagi mana-mana pemain import untuk mendapat tempat serta berprestasi menonjol dalam masa yang singkat didalam mana-mana pasukan lebih-lebih lagi bila bermain dengan sebuah pasukan yang memiliki ramai pemain yang hebat seperti pasukan Kelantan.
Mereka perlu megatasi tahap prestasi pemain tempatan yang ada didalam pasukan tersebut yang sudah lama bermain bersama dan sudah mengenali permainan masing-masing didalam pasukan. Lebih-lebih lagi pasukan seperti Kelantan yang sudah memilki pemain-pemain yang hebat didalam pasukan seperti Mat Yo, Indra, Farhan, Chanturu, Nurul serta Piya dibarisan depan dan tengah. dan mereka ini sudah mengenali corak permainan masing-masing dan agak serasi bila bermain bersama-sama sebagai satu pasukan. Setuasi ini berlainan bagi seorang pemain import yang baru bermain didalam pasukan. Maka amat wajarlah kita memberi mereka sedikit masa untuk menyesuaikan diri serta mengenali corak rakan-rakan baru mereka didalam pasukan.

Agak mudah bagi pemain import untuk bermain dengan pasukan yang tidak mempunyai ramai pemain yang hebat berbanding bermain dengan sebuah pasukan himpunan bintang seperti pasukan Kelantan. Ini kerana mereka akan nampak hebat didalam pasukan tersebut serta menonjol oleh kerana pemain lain didalam pasukan tersebut tidak setanding dan sehebat mereka walaupun hakikatnya prestasi import tersebut tidak lah terlalu jauh bezanya prestasi mereka jika dibandingkan dengan pemain tempatan lain yang ada didalam sesetengah pasukan gergasi di Malaysia. Perlu juga diingat bahawa pasukan lemah akan melipatgandakan prestasi mereka bila bermain dengan pasukan seperti Kelantan untuk mencapai kejayaan.

No comments:

Post a Comment

  © Super Warriors Info Sukan, Berita dan Isu Semasa by RedsfcNews Media 2012

Back to TOP  

Facebook Twitter Yahoo!