5 Mar 2012

Tahniah!! Kelantan TRW Kerana Mencapai kemenangan.

Perlawanan semalam adalah ujian pertama buat jurulatih baru TRW Bojan Hodak. Adakah beliau telah berjaya? Itu persoalan kedua dan belum masanya untuk kita nilai sebab kita dah sememangnya memiliki para pemain yg berkaliber dan digeruni lawan. 


Apa yg boleh dilihat adalah sedikit kecelaruan ditunjukkan oleh para pemain apabila berlaku perubahan gaya permainan dan taktikal diantara Butler dan Hodak ,dan ini adalah perkara yg biasa berlaku kepada mana-mana pasukan sekalipun. 

Dengan Farhan diletakkan sebagai penyerang utama merasakan sedikit kelainan bagi beliau disebab beliau sudah terbiasa bermain diposisi sayap kanan dibawah kendalian Butler. Indra juga agak tidak berperanan apabila posisinya kerap bertukar dari sayap kiri kepada striker dan semalam kembali kepada posisi asal sayap kiri tetapi atas pengalaman yg beliau miliki, beliau boleh mengimbanginya sedikit demi sedikit. 


Hanya Piya yg sentiasa kekal dengan posisinya walau siapa sekalipun yg mengedalikan pasukan dan inilah kelebihan dan kunci kepada nadi pergerakan Kelantan. Apa pun "TAHNIAH" diucapkan kepada semua anggota pasukan yg memberikan kemenangan semalam. 

Untuk menjadi 'JUARA' maka usaha lebih keras perlu dilakukan oleh pihak KAFA dan pemain..wasalam

Kredit Foto : Hanif Omar - TheRedWarriors .com

No comments:

Post a Comment

  © Super Warriors Info Sukan, Berita dan Isu Semasa by RedsfcNews Media 2012

Back to TOP  

Facebook Twitter Yahoo!