9 Mar 2012

Kenapa Nwoha Masih Kekal Sebagai Pemain Import TRW

Apakah betul dan adil cara kita menilai pemain IMPORT yang kita ada? Apa yang kita nilai dari mereka? Adakah bagi seorang penyerang kita hanya menilai dengan jaringan yang dibuatnya? Bagaimana pula denga peranan atau sumbangannya kepada pasukan? Adakah tiada nilai di pandangan kita?

Bukan mudah untuk kita menilai seadilnya kecuali jika kita mengetahuai segala maklumat dan perancangan pihak yang berkenaan, iaitu pihak pengurusan dan kem kejurulatihan pasukan. Setiap pasukan sudah pasti ada cara mereka tersendri yang ingin mereka gunakan dan disinilah memerlukan seseorang pemain yang sesuai dengaan perancangan pasukan. Selalunya yang menjadi mangsa cemuhan penyokong adalah pemain IMPORT yang bermain diposisi penyerang dan agak mudah bagi pemain yang bermain diposisi selain dari penyerang.


Disini penulis ingin bekongsi pandangan penulis dengan anda semua perihal import kita yang bernama Nwoha.Tahukah kita kenapa dengan prestasi yang agak buruk namun beliau masih lagi ada tempat dan kekal dalam pasukan TRW? Ini kerana Nwoha ada "pertaruhan perjanjian" dengan pihak pengurusan. Dan pertaruhannya adalah prestasi dan kebolehan beliau. Mengikut maklumat yang diperolehi, pihak pengurusan bersetuju untuk membenarkan Nwoha bermain serta berlatih dengan pasukan TRW dengan syarat tanpa ada sebarang bayaran atau pampasan dikenakan oleh pihak Nwoha. Dan Nwoha bersetuju dengan syarat tersebut dengan mempertaruhkan prestasi beliau sebagai sandaran.Beliau cukup yakin dengan kebolehan beliau, maka kita tunggu dan lihat saja hasilnya.

Mengikut perjanjian tersebut, pihak pengurusan akan menilai prestasi Nwoha didalam semua pertandingan yang melibatkan pasukan Kelantan iaitu sehingga ke awal bulan April, iaitu tarikh untuk perpindahan dan pendaftaran pemain import dibuka semula. Perjanjian ini bolehlah dianggap sebagai perjanjian menang-menang antara kedua belah pihak. Kenapa Nwoha sanggup bermain tanpa sebarang bayaran? Ini kerana beliau tiada pasukan untuk berlatih dan bermain didalam perlawanan yang kompatatif dan Kelantan lah tempat yang terbaik bagi beliau mengembalikan semula sentuhan permainan beliau yang hilang. Nwoha berehat terlalu lama dari sebarang perlawanan dan juga berlatih bersama sebagai sebuah pasukan dan disebabkan faktor inilah prestasi beliau begitu menjunam.




Dari penilaian penulis, ianya bukan sesuatu yang "tak Mungkin" bagi seorang pemain seperti Nwoha kembali menemuai sentuhannya yang hilang jika dilihat dari segi kesungguhan dan displin yang beliau tonjolkan. Beliau baru sahaja melaluai sebanyak 4 perlawanan dan berlatih bersama lebih kurang sebulan namun sudah banyak peningkatan yang telah beliau capai dan tunjukkan. Yang paling penting sekarang ini adalah beliau perlu meningkatkan lagi tahap kecergasan beliau. Kelebihan yang dimiliki Nwoha ialah beliau boleh membuat tendangan padu dari kedua-dua belah kaki beliau dan kekurangan kepada saingan beliau iaitu Ghaddar dan Antwi.

Kenapa KAFA memilih Nwoha berbanding Ghaddar? Ini kerana pihak KAFA yakin dengan pemain-pemain tempatan yang mereka miliki didalam pasukan dan mereka yakin tanpa pemain import pada jentera serangan pun, pasukan mampu menjaringkan Gol dengan adanya Mat Yo, Indra, Piya serta pemain-pemain lain yang juga mampu menjaringkan gol. Dengan tenaga tempatan pun Kelantan sudah nampak agak kuat dibahagian serangan mereka. Dan disini pihak pengurusan menyusun strategi awal dengan mepertaruhkan Nwoha sebagai pemain import "percuma" didalam pasukan.




Nampaknya perancangan KAFA sudah nampak sedikit sinar bila dinilai dari peningkatan yang dipamerkan oleh Nwoha dan bukan sesuatu yang mustahil apabila tamat perjanjian nanti, Nwoha sudah menemuai sentuhan yang beliau cari selama ini dengan peluang yang diberikan oleh KAFA kepada beliau.Kita doakan kejayaannya demi sokongan kita kepada TRW. Hanya sokongan serta kata-kata semangat dari kita sebagai penyokong yang boleh membantu para pemain diatas padang.

Tempat untuk seorang lagi pemain import TRW iaitu Obina Nwaneri boleh dikatakan selamat. Dengan prestasi serta kecekapan beliau mengemudi benteng pasukan, rasanya beliau memang tiada masalah untuk kekal kecuali jika beliau ada masalah displin dengan pasukan. Rasanya tidak ada.Dengan pengalaman yang luas yang beliau miliki diperlawanan-perlawanan peringkat antarabangsa maka cukup cepat untuk beliau menyesuaikan diri dengan pasukan. Persaingan sekarang adalah antara Nwoha, Ghaddar dan Antwi untuk merebut satu tempat sebagai pemain import untuk Liga M.


GOMO KELATE GOMO



Ini adalah pandangan penulis semata-mata.

No comments:

Post a Comment

  © Super Warriors Info Sukan, Berita dan Isu Semasa by RedsfcNews Media 2012

Back to TOP  

Facebook Twitter Yahoo!