14 May 2012

Inilah Penyokong Terbaik

Semasa perlawanan Liga Super di antara PKNS Selangor bertemu Kelantan tempoh hari, penulis merasa sangat bangga dengan para penyokong TRW. Pada hari tersebut penulis agak awal bertolak kestadium dengan niat dapat bersolat diMesjid yang ada berhampiran stadium MBPJ.Ketika penulis memasuki perkarangan mesjid, kelihatan ramai para penyokong yang berpakaian jersi TRW berada didalam Mesjid tersebut.

Selesai mengerjakan solat penulis agak lambat sikit untuk keluar dari ruang solat dan kebetulan ada seorang warga emas bersolat disebelah penulis. Selesai beliau bersolat penulis bersalaman dan berjalan seiring untuk keluar dari ruang solat. Sampai ditangga sempat kami bersembang. Apa yang membanggakan penulis ialah apabila beliau memuji anak muda Kelantan yang datang menyokong bola tidak mengabaikan kewajipan mereka kepada Agama. Dan kata beliau "Kalau lah semua penyokong bola boleh mencontohi para penyokong Kelantan". Bangga penulis bila mendengar kata-kata beliau.

Inilah sikap terpuji orang-orang kita. Mereka menjadi contoh kepada orang lain dengan apa yang mereka lakukan dan tahu tanggungjawab mereka. Walaupon kita hendak berhibur, namun tanggungjawab kita kepada Agama jangan diabaikan.Kitalah contoh penyokong yang betul didalam berhibur. Inilah untungnya apabila kita dididik serta berada didalam masyarakat yang sentiasa mengingatkan kita soal kewajipan kepada agama. Kita ada rakan-rakan yang sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain. Teruskan dengan sikap terpuji kita semoga segala yang kita lakukan di berkati oleh Allah SWT. Insyallah.

Para penyokong kita bukan hanya setakat penuhkan stadium, kita juga mampu untuk meramaikan Mesjid. Insyallah kita akan menjadi penyokong yang menjadi contoh kepada pasukan lain dengan sikap dan tanggungjawab kita. Tahniah kepada para penyokong TRW. Walaupon tidak dinafikan ada juga para penyokong kita yang tidak menunaikan tanggungjawab atas alasan mereka sendiri, namun sekurang-kurangnya mejoriti penyokong kita tahu tanggungjawab kepada agama perlu diutamakan.

Penyokong Terbaik Bersama Pasukan TERBAIK

Dikhabarkan kesemua tiket yang di peruntuk kan kepada KAFA bagi tujuan dijual kepada para penyokong TRW di SSMIV laku seperti goreng pisang panas apabila penjualannya di buka. Sambutan yang amat menggalakkan dari para penyokong 'fanatik' Kelantan.Suasana sebegini amat baik bagi industri bolasepak di Malaysia. Penyokong yang amat berminat kepada sukan bolasepak hanya berpaksi di Kelantan kerana mereka betul-betul sayangkan pasukan mereka serta cinta yang amat mendalam kepada pasukan dan nama Negeri Kelantan itu sendiri.


Mereka bukan sekadar menyokong ketika menang sahaja.Mereka tetap bersama pasukan tidak kira apa setuasinya. Mereka sanggup membuat perjalanan yang amat jauh yang memakan masa yang bukan sekejap untuk sampai ke Stadium Nasional yang berada di Ibukota Kuala Lumpur bagi menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi. Jika bukan kerana semangat dan cinta yang amat kukuh kepada pasukan, mana-mana penyokong akan berfikir berpuluh kali untuk menghadirkan diri mereka kestadium Nasional. Dan inilah yang dikatakan keistimewaan 'ore Kelate'. Mereka sentiasa bersungguh-sungguh kepada apa yang mereka lakukan. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi nama pasukan dan nama Negeri mereka. Segalanya mereka miliki dan akan lakukan.

Mereka tidak berkira soal wang ringgit serta tenaga dan masa, asalkan mereka boleh memberi serta menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi didepan mata. Inilah yang dikatakan 'CINTAKAN BOLASEPAK SEJATI'.Dengan keprehatinan Kerajaan Negeri iaitu dengan memberikan cuti pada ke esokkan harinya, menambahkan lagi semangat mereka untuk menghadirkan diri memberi sokongan kepada pasukan Kalantan di SNBJ. Apabila semua pihak memberikan kerjasama, maka akan majulah segala bidang yang kita ceburi dan kerjakan.

Kita sama-sama doakan semoga pasukan kita akan berjaya didalam perlawanan Akhir nanti dan mencipta sejarah baru kepada pasukan Kelantan dan Negeri Kelantan amnya...INSYALLAH....GOMO KELATE GOMO.

Keistimewaan "Kelate Kito"

Sebut sahaja nama pasukan Kelantan TRW sekarang ini akan menimbulkan rasa gerun kepada semua psukan lain di dalam bolasepak Malaysia. Ini adalah hakikatnya buat masa sekarang. Dalam masa tiga tahun terakhir ini pasukan Kelantan begitu menyerlah didalam persada bolasepak Malaysia. Apa yang membuatkan Kelantan begitu cepat dan stabil didalam penguasaan bolasepak Malaysia buat masa sekarang?

Sebenar ,segala ramuan sudah lama ada di dalam bolasepak Kelantan. Penyokongnya amat fanatik kepada pasukan dan ini amat bagus untuk pembangunan serta penguasaan bolasepak itu sendiri. Memang di akui oleh semua bahawa penyokong Kelantan amat fanatik kepada pasukan mereka dan inilah salah satu punca atau ramuan yg amat perlu untuk mana-mana pasukan untuk muncul menjadi satu kuasa bolasepak pada zaman serba moden ini. Stadium keramat mereka sentiasa diwarna merahkan dengan jersi rasmi pasukan. Begitu juga dengan laungan 'gomo Kelate gomo' sentiasa bergema apabila pasukan Kelantan beraksi di stadium keramat mereka.

Suasana ini amat mengerunkan kepada mana-mana pasukan yang bertandang ke stadium mereka. Dengan adanya sokongan peminat yang sebegini maka amat sesuai sekali kepada mana-mana pengurusan yang ikhlas untuk memajukan bolasepak Kelantan. Dengan sokongan peminat yang sentiasa memenuhi stadium maka pihak persatuan akan sentiasa mendapat pulangan yang setimpal dengan palaburan mereka. Dengan pengurusan yang bijak serta komited didalam kerja mereka, tidak mustahil prestasi pasukan Kelantan akan lebih menyerlah selepas ini dan mungkin akan setakok lebih baik dari mana-mana pasukan yang ada di dalam Liga Malaysia.

Dengan pengurusan yang sentiasa bercita-cita tinggi untuk membawa pasukan Kelantan ketahap yg lebih baik maka para penyokong Kelantan mungkin akan berbangga dengan sebuah pasukan yang boleh digelar sebagai 'gergasi' Asia Tenggara selepas ini. Pada tahun ini pun sudah menampakkan akan jurang yang agak ketara diantara Pasukan Kelantan berbanding pasukan lain di dalam saingan Liga Super. Jurang mata yang agak jauh berbanding dengan pasukan-pasukan Negeri yang lain membuktikan keadaan itu.

5 May 2012

"Rumors" Perpindahan Pemain TRW

Nampaknya ramai yg dok bimbang dengan 'rumors-rumors' yang menyatakan bahawa ada para pemain TRW yang sedang di pancing oleh pasukan luar sekarang ini. Bagi pendapat penulis, ianya adalah perkara biasa saja di dalam industri bolasepak moden kerana ,mana pasukan yg lebih baik maka para pemain ada pilihan mereka sendiri demi masa depan mereka.

Cuma bagi penulis, mereka para pemain perlu memikirkan semasak-masaknya apabila membuat keputusan supaya ianya tidak akan tenggelam selepas perpindahan kepada pasukan yang baru. Pasukan yang baru tidak semestinya akan sebagus dengan pasukan yg kita wakili sekarang. itu yg paling penting untuk dipikirkan. Bagi para penyokong pula, mereka tidak perlu bimbang jika ada para pemain TRW yg akan membuat keputusan untuk berhijarah kerana itu adalah hak mereka. Kita perlu yakin dengan kekuatan yang ada pada kita. Kekuatan sesebuah pasukan bukan hanya boleh di lonajk hanya apabila kita memiliki para pemain yanag hebat semata-mata. Sebuah pasukan memerlukan banyak elemen untuk mencul sebagai sebuah pasukan yang baik.
Inilah kelebihan yang ada pada pasukan kita kerana kita memiliki segal ramuan untuk menjadi pasukan yang hebat. Kita memiliki sebuah badan pengurusan Bolasepak yang terbaik serta berintergriti tinggi untuk membawa pasukan kita ketahap yang terbaik di samping sokongan yang tak berbelah bahagi dari para penyokong dan juga penaja-penaja kita. Elemen-elemen ini amat penting bagi membentuk sebuah pasukan yang baik dan berdaya saing di samping memiliki para pemain yang berkebolehan serta di bantu dengan kepakaran jurulatih yang di lantik.

Pemain datang dan pergi adalah perkara biasa. Masih ramai lagi para pemain terbaik yang berada di luar pasukan Kelantan dan jika dibawa masuk kedalam pasukan sudah pasti mereka akan lebih menyinar kerana Kelantan memiliki segalanya untuk membuatkan mereka menjadi lebih baik. Pemain-pemain yang ada didalam pasukan Kelantan sekarang ini pun dulunya bukan lah seorang pemain bintang, tetapi dengan kesungguhan dan pengurusan terbaik maka mereka menyinar apabila mewakili pasukan Kelantan. Bagi penulis, yang ingin bermain dengan Kelantan lebih ramai dari yang ingin meninggalkan Kelantan, kerana kita membentuk pemain menjadi lebih baik dengan bakat yang ada pada mereka. Kelantan memiliki sebuah pasukan yang baik bermula dari pemain, Jurulatih, pengurusan serta Pengurusan. Apabila semua perkara ini digambungkan maka akan terbentuk lah sebuah pasukan yang hebat sepertimana yang kita miliki sekarang ini.
Sebagai contoh terbaik adalah pasukan jiran kita Terengganu. Mereka memiliki para pemain yang bagus, di mana boleh dikatakan keseluruhan pemain pada musim lepas mereka kekalkan namun prestasi mereka agak menjunam pada musim ini oleh kerana ada sesuatu yang tidak kena didalam pasukan tersebut sedangkan para pemainnya adalah para pemain ynag boleh dikatakan bertaraf bintang semuanya. Bolasepak bukan hanya bergantung kepada hanya pada sama ada bintang atau tidak pemain itu, namun yang paling penting ialah kerjasama diantara pengurusan , pemain, penyokong serta jurulatih.Semua ynag terlibat perlu memainkan peranan dengan berkesan bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap.

Insyallah pada musim depan kita akan memiliki sebuah pasukan yang lebih baik dari musim ini kerana kita memiliki pengurusan serta para penyokong yang terbaik di Malaysia sekarang ini. Pemain akan ada silih berganti demi menguatkan pasukan. Dan yang terbaik akan dikekalkan.Kita serahkan kepada kebijaksanaan pengurusan untuk melakukan keputusan sama ada melepaskan atau mengekalkan seseorang pemain. Kita teruskan dengan peranan kita memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayang kita. KELANTAN THE RED WARRIORS

20 Apr 2012

Kelantan turun Menentang Kedah Dengan Barisan Terkuat Mereka

Barisan pemain terkuat Kelantan akan diturunkan malam ini apabila Kelantan malayan kunjungan pasukan Kedah dilaman sendiri didalam pertandingan Piala FA peringkat separuh akhir pertama. Mampukah Kelantan mencari bekalan selesa dalam perlawanan malam ini?Sama-sama kita saksikan malam ini. Pasukan Kelantan dijangka akan menurunkan barisan pemain terkuatnya malam ini apabila para pemain yang cedera seperti Norshahrul dan Khairul Fahmi sudah kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan.Perlawanan malam ini amat penting bagi pasukan Kelantan yang mengidamkan agar mereka dapat mendakap Piala FA buat pertama kali dalam sejarah pertandingan pada penampilan kali ini. Hanya Piala ini lah satu-satunya yang masih belum dimiliki oleh pasukan Kelantan.

Para pemain kelantan pula sudah hampir kesemuanya sedia untuk diturunkan termasuk Azizi serta Azlan Ismail. Hanya Aziz sahaja yang masih berada didalam senarai pemain Kelantan yang tercedera. Dengan kembalinya Ghaddar kedalam pasukan Liga M, diharapkan gandingan semula beliau dengan penyerang berbisa tempatan iaitu Norshahrul atau Mat Yo akan lebih mantap dan akan berjaya merobek gawang lawan malam ini. kembalinya Azlan Ismailkedalam pasukan, maka Bojan Hodak iaitu ketua jurulatih Kelantan memiliki lebih banyak pilihan untuk diturunkan dibarisan serangan pasukan Kelantan.

Ketua pasukan Kelantan,Piya dijangka diberi peranan yang cukup besar malam ini sebagai jeneral dibahagian tengah disamping Indra serta dibantu S.Chanturu dan Shakir di bahagian tersebut. Dibahagian pertahanan pula dijangkakan Obinna akan mengetuainya dibantu oleh pertahanan kental iaitu Subra disamping Daudsu diberi peranan sebagai pertahanan kanan dan Ropy sebagai perthanan kiri.

Kepada para penyokong setia pula diharapkan agar memenuhi ruang stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan Kelantan TRW. dengan sokongan dan sorakan anda boleh menaikkan lagi semangat pemain. Hadirlah kestadium dengan semangat kesukanan yang tinggi supaya dapat dijadikan contoh terbaik kepada pasukan lain didalam kita memberi sokongan. Elakkan dari melakukan perkaraa yang boleh merosakkan semangat kesukanan kita.

FAM....Persatuan BOLASEPAK atau Syarikat Cari Untung??

Adakah FAM itu sebuah organasasi pentadbir bolasepak atau sebuah badan bukan kerajaan seumpama Syarikat Koperat? Jika nak dikatakan sebuah badan pentadbir Bolasepak, maka banyak lah perkara yang tidak betul dilakukan oleh FAM. Penulis ingin menanyakan, apa yang FAM lakukan untuk menaikkan lagi taraf LIGA M yang menjadi tempat para pemain dari segenap tempat di Malaysia menunjukan aksi mereka? Tidak nampak walau sedikit pun usaha kearah itu. Bagaimana pula dengan bantuan atau pemantauan FAM terhadap kewangan FA Negeri? Rasanya FAM seumpama melepaskan anak ayam kehilangan ibu sahaja.FA Negeri terpaksa mencari dana sendiri untuk menbiayai pasukan mereka sedangkan wang tajaan untuk Liga disapu oleh pihak FAM.
Dari segi penjanaan dana pula, FAM nampaknyalebih kepada mencari keuntungan kepada diri sendiri daripada menyalurkan Dana tajaan kepada FA Negeri yang terlibat didalam Liga M. Kenapa perkara ini berlaku? Jawapannya adalah, FAM itu sendiri ditadbir secara tidak betul. Maka dengan itu, macam mana lah taraf Liga kita nak meningkat jika badan induknya sendiri jalan tak betul. Penulis memberi contoh. Wang tajaan atau dana Kerajaan diberikan terus kepada FAM sebagai badan induk pentadbir dan menjadi tanggungjawan FAM untuk menyalurkan kepada FA negeri bagi tujuan pengurusan dan pentadbiran, namun adakah wang tersebut diagihkan secara adil kepada setiap pasukan yang terlibat? Rasanya TIDAK. Baru-baru ni kecoh didalam satu seminar kelab penyokong mengenai permintaan Presiden KAFA iaitu Tan Sri Anuar Musa supaya siaran secara langsung yang melibatkan pasukan Kelantan 'dikurangkan', kerana dakwa beliau, setiap kali siaran langsung disiarkan dari kota Bharu(SSMIV)maka pihak KAFA kerugian purata 20% dari segi duit kutipan tiket kerana kemerosotan penyokong.


Persolannya adalah, mengapa perkara ini berlaku? Bagi penulis, ianya berlaku oleh kerana sistem yang tidak betul yang diamalkan oleh FAM. Mereka hanya menyalurkan dana secara 'borong' iaitu Geran Tahunan kepada semua FA Negeri dan jumlah yang tetap iaitu setahun sekali pada setiap awal musim. Dan dengan dana tersebut juga lah FA Negeri terpaksa gunakan untuk pelbagai aktiviti serta pengurusan pasukan untuk Liga Super. FAM mengambil kembali wang tersebut apabila setiap perlawanan dilangsungkan disetiap Venue FAM akan mendapat hasil dari wang tiket secara pembahagian secara berapa tiket terjual. Penulis difahamkan pihak Astro membayar satu jumlah yang besar kepada FAM bagi tujuan membeli hak siaran untuk Liga M namun wang tajaan tersebut tidak sampai kepada pasukan yang terlibat dimana perlawanan mereka di ambil untuk siaran langsung. Maka memang patut lah TSAM bersuara dalam hal ini.Perlu diingat, bolasepak di Malaysia ini, sumber kewangan adalah lapan puluh peratus bergantung kepada hasil jualan tiket.

Tan Sri Anuar Musa sudah beberapa kali mengutarakan cadangan beliau melaluai Malaysia Super League Sdn. Bhd. supaya setiap pasukan yang mana perlawanan mereka diambil untuk siaran langsung dibayar sebanyak RM25,000.00 kepada tuan rumah dan RM10,000.00 kepada pasukan pelawat sebagai gantirugi diatas siaran langsung tersebut. Dan perkara ini perlu dilakukan oleh FAM yang telah menerima wang bayaran hak siaran oleh pihak Astro. Pihak Astro pula sudah membayar dan mereka bebas untuk mengambil mana-mana perlawanan yang mereka rasakan menarik. Dan sehinggalah Tan Sri digantung dari jawatan beliau, perkara ini tidak juga diselesaikan dan tiada sedikit pun perkembangannya. Dan dengan itulah penulis menarifkan bahawa FAM ni lebih kepada mencari keuntungan daripada menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir bolasepak di Malaysia. Sepatutnya setiap hasil tajaan kepda Liga diagihkan secara saksama kepada setiap pasukan yang terlibat kerana pihak FAM sudah pun diberi dana yang agak besar oleh Pihak Kerajaan bagi tujuan menguruskan bolasepak di Malaysia.

Ghaddar kembali ke LIGA M

Maka tamat lah teka teki yang selama ini bermain diminda para penyokong dan peminat setia TRW iaitu siapakah yg akan tersenarai sebagai pemain Import kedua untuk Liga M disamping Obinna Nwaneri. Ghaddar telah di sahkan sebagai import yang akan beraksi kembali di Liga M.

Persoalan kini adalah, mampukan Ghaddar membalas kepercayaan serta sokong peminat TRW dengan memberikan persembahan terbaik beliau sepertimana yang beliau tunjukkan didalam perlawanan-perlawanan Piala AFC?. Didalam pertandingan AFC, beliau berjaya meledakkan enam gol dalam tiga perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Beliau harus menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin supaya nilai pelaburan yang dilakukan oleh pihak pengurusan(KAFA) mendapat pulangan setimpal dengan pelaburan mereka. Kita sebagai penyokong pula berperanan dengan memberikan dorongan serta semangat kepada Beliau supaya terus berjaya dan menunjukkan mutu permainan yang baik.Teruskan sokongan anda demi kemajuan pasukan kita Kelantan TRW..

  © Super Warriors Info Sukan, Berita dan Isu Semasa by RedsfcNews Media 2012

Back to TOP  

Facebook Twitter Yahoo!