13 Mar 2012

Apa Setuasi Sebenar KAFA Dengan Pemain Import Kelantan?

Apakah sebenarnya rancangan pengurusan KAFA dengan pemain import? Persoalan ini sebenarnya agak sukar untuk difahami oleh kebanyakan penyokong.Ianya perlu difahami dengan teliti.Penulis sebenarnya agak terkejut dan kurang faham juga pada awalnya dengan apa yang dilakukan oleh pihak KAFA. Jadi Penulis cuba mendapatkan maklumat-maklumat tentang pemain-pemain yang diambil oleh pihak KAFA.Dengan sedikit sebanyak maklumat yang penulis perolehi, maka penulis merasakan apa yang penulis catatkan inilah strategi yang cuba dirancang oleh pihak pengurusan KAFA.

Pemain-pemain import yang dicuba serta ditandatangi kontrak oleh KAFA kebanyakkannya adalah dibawah harga pasaran serta mempunyai masa depan yang agak cerah kerana sesetengahnya masih terlalu muda untuk bermain didalam Liga yang kompatatif. Namun ianya baik untuk perancangan masa depan pasukan. Pemain seperti Antwi dan Okine masih lagi muda dimana mereka hanya berumur sembilan belas dan dua puluh tahun tetapi dengan bakat yang mereka ada, adalah tidak mustahil untuk mereka akan lebih baik dalam satu atau dua tahun akan datang. Gaji mereka pula lebih kurang sahaja dengan pemain tempatan yang ada didalam skuad Kelantan dan lebih rendah dari sesetengah "bintang" yang ada didalam pasukan Kelantan.

Pergi pula kepada kisah Ghaddar. Difahamkan beliau adalah pemain import termahal yang pernah Kelantan miliki namun beliau agak 'demand' pada awalnya dan ini bolehlah dikatakan agak kurang baik kepada pengurusan dan para pemain lain didalam pasukan. Pihak pengurusan tidak mahu melayan kerenah yang ditimbulkan tersebut maka dengan yang demikianlah pihak pengurusan cuba mendapatkan pemain import lain. Namun kekangan kewangan membataskan pihak KAFA untuk mengambil pemain import lain yang setara dengan prestasi Ghaddar.


Mahu tidak mahu KAFA terpaksa juga menggunakan khidmat Ghaddar. setelah diberi peluang yang agak lama didalam pasukan, namun Ghaddar ada pula masalah lain dari pandangan dan penilaian jurulatih sebelum ini iaitu Butler. James Butler tidak berpuashati dengan tahap kecergasan Ghaddar dan meminta agar KAFA mencari alternatif pemain import lain sedangkan KAFA tidak mampu lagi untuk mencari pemain yang setara prestasi dan kebolehan seperti Ghaddar disebabkan kekangan kewangan yang membataskan perbelanjaan KAFA.

Dalam setuasi tersebut KAFA didatangi ejen menawarkan khidmat Nwoha secara percuma kepada KAFA. Nwoha sebenarnya hanya bergantung kepada rekod lama beliau sahaja bila menawarkan diri bermain dengan Kelantan.Pada awalnya pihak KAFA agak keberatan untuk mengambil Nwoha bermain, namun pihak pengurusan bersetuju memberi peluang kepada Nwoha dengan bersyarat. Dan syarat itu dibincang oelh kedua-dua belah pihak serta dipersetujuai bersama. KAFA meletakkan syarat iaitu dengan setuasi tanpa diuji terlebih dahulu prestasi didalam permainan serta dengan rekod lama tidak bermain, mereka boleh memberi peluang kepada Nwoha bermain dalam tempoh masa ditentukan tanpa bayaran gaji. Dan Nwoha menyahut cabaran tersebut asalkan beliau diberi peluang bermain dan berlatih dengan pasukan utama TRW. Adakah Nwoha akan berjaya dengan pertaruhannya itu? Sama-sama kita tunggu dan lihat sehingga bulan April nanti.Sekiranya Nwoha berjaya mepamerkan prestasi terbaiknya dalam masa yang ditetapkan oleh KAFA, maka beliau akan ditawarkan kontrak untuk bermain dengan TRW.

Sebenarnya KAFA tidak bimbang dengan resiko yang diambil oleh mereka kerana mereka sudah pun memiliki para pemain tempatan yang baik serta bintang-bintang utama di Malaysia bermain dalam pasukan TRW. Mereka tidak dalam keadaan terdesak untuk mencari pemain import untuk mengisi posisi yang bermasalah oleh kerana mereka sudah memilikinya disegenap posisi. Mereka boleh dikatakan sudah cukup pemain yang boleh digilirkan dengan kemasukan pemain tempatan terbaik seperti Indra, Azizi, Farhan serta Azlan Ismail kedalam pasukan TRW. Mereka juga mengekalkan kesemua pemain utama yang membawa kejayaan kepada TRW pada musim 2011. SEMOGA BERJAYA TRW

No comments:

Post a Comment

  © Super Warriors Info Sukan, Berita dan Isu Semasa by RedsfcNews Media 2012

Back to TOP  

Facebook Twitter Yahoo!