4 Mar 2012

Nwoha Oh Nwoha!!!

Ape dah jadi dengan Nwoha?.Tidak adil rasnya jika terus-terusan mencemuh atau mencela beliau dengan ape yg beliau pamerkan skg. Perlu diingat bahawa beliau bermain dengan Kelantan adalah secara percuma dan mengikut perjanjian adlah sehingga ke pertengahan musim Liga M. 


Persoalannya adalah kenapa pihak pengurusan sanggup mengambil resiko yg begitu besar dengan menukar senarai pemain import yg sedia ada(Ghaddar) kepada seorg pemain yg sudah lama tidak beraksi dipentas pertandingan kompatatif?. 

Sebenarnya Nwoha tahu dan sedar akan kebolehannya dan oleh yg demikianlah beliau dengan suka relanya menawarkan untuk bermain dengan Kelantan tanpa dibayar gaji tetapi masalhnya ialah kenapa pihak pengurusan sanggup mengambil resiko ini. Bukan perkara yg senaang bagi seorg pemain untuk kembali kepada prestasi yg asal dalam masa yg singkat lebih-lebih lagi dengan usia Nwoha yg sudah hampir mencecah 30a. 


Dan isu inilah jugak yg menjadi krisis didalam pengurusan KAFA diantara President dan jurulatih yg nyata tidak senang dengan tindakan president menukar IMPORT tanpa merujuk  terlebih dahulu kepda beliau. Ambo bulih kata, pengurusan telah melakukan kesilapan yang besar dan terpaksa menanggung resikonya sekarang ditambah dengan kecederaan Mat Yo maka semakin rumitlah bagi TRW untuk meletakkan seorg penyerang yg boleh bermain dengaan baik pada posisi tersebut. 

Adakah pengurusan tidak memikirkan perkara ini?Dengan kecederaan yang masih lagi mebelenggu Azlan Ismail maka Kelantan sudah tiada penyerang yg boleh dikatakan setara untuk bermain diposisi tersebut. Kelibat Ramzul masih agak jauh untuk dikatakan sebagai penyerang yg boleh mengerubkan kepada pihak  lawan. Nwoha ni bukan nya tak bagus tapi beliau memerlukan masa untuk mengembalikan prestasi diri beliau kepada prestasi Nwoha pada 2008. 

Itu pun belum tentu tercapai dengan usia yg beliau miliki skg. Setiap pemain ada gaya permainan masing-masing dan tidak adil untuk kita membandingkan beliau dengan gaya permainan  Ghaddar atau Mat yo namun bagi Ambo, Masalah besar beliau adalah Fitness level. Sekarang ni kita terpaksa lah juga menggunakan beliau sehingga ke bulan April nanti(tiada pilihan).Disitu nanti barulah boleh dibuat pilihan sama ada akan terus menggunakan tenaga beliau ataupon menggantikan dengan import yg baru atau terus saja menggunakan Ghaddar sebagai import untuk Liga M. 

Bagi ambo la, apa sepatutnya KAFA lakukan adalah bersetuju mengambil beliau sebagai rakan sepelatih dahulu dan menilai prestasi beliau dari situ dan mengekalkan Ghaddar sebagai import Liga M dan jika prestasinya beliau o.k, baru lah diserapkan sebagai pemain Liga M. Kafa suka membuat sesuatu keputusan dengan tergesa-gesa dan menyusahkan pasukan. Sekarang ini mahu atau tidak mahu, kita sebagai penyokong "terpaksa" lah memberi sokongan serta kepada Nwoha walaupon didalam hati kecil tidak menyetujuainya kerana pasukan TRW lebih penting dari segalanya....Go More Kelate go More

No comments:

Post a Comment

  © Super Warriors Info Sukan, Berita dan Isu Semasa by RedsfcNews Media 2012

Back to TOP  

Facebook Twitter Yahoo!