14 May 2012

Keistimewaan "Kelate Kito"

Sebut sahaja nama pasukan Kelantan TRW sekarang ini akan menimbulkan rasa gerun kepada semua psukan lain di dalam bolasepak Malaysia. Ini adalah hakikatnya buat masa sekarang. Dalam masa tiga tahun terakhir ini pasukan Kelantan begitu menyerlah didalam persada bolasepak Malaysia. Apa yang membuatkan Kelantan begitu cepat dan stabil didalam penguasaan bolasepak Malaysia buat masa sekarang?

Sebenar ,segala ramuan sudah lama ada di dalam bolasepak Kelantan. Penyokongnya amat fanatik kepada pasukan dan ini amat bagus untuk pembangunan serta penguasaan bolasepak itu sendiri. Memang di akui oleh semua bahawa penyokong Kelantan amat fanatik kepada pasukan mereka dan inilah salah satu punca atau ramuan yg amat perlu untuk mana-mana pasukan untuk muncul menjadi satu kuasa bolasepak pada zaman serba moden ini. Stadium keramat mereka sentiasa diwarna merahkan dengan jersi rasmi pasukan. Begitu juga dengan laungan 'gomo Kelate gomo' sentiasa bergema apabila pasukan Kelantan beraksi di stadium keramat mereka.

Suasana ini amat mengerunkan kepada mana-mana pasukan yang bertandang ke stadium mereka. Dengan adanya sokongan peminat yang sebegini maka amat sesuai sekali kepada mana-mana pengurusan yang ikhlas untuk memajukan bolasepak Kelantan. Dengan sokongan peminat yang sentiasa memenuhi stadium maka pihak persatuan akan sentiasa mendapat pulangan yang setimpal dengan palaburan mereka. Dengan pengurusan yang bijak serta komited didalam kerja mereka, tidak mustahil prestasi pasukan Kelantan akan lebih menyerlah selepas ini dan mungkin akan setakok lebih baik dari mana-mana pasukan yang ada di dalam Liga Malaysia.

Dengan pengurusan yang sentiasa bercita-cita tinggi untuk membawa pasukan Kelantan ketahap yg lebih baik maka para penyokong Kelantan mungkin akan berbangga dengan sebuah pasukan yang boleh digelar sebagai 'gergasi' Asia Tenggara selepas ini. Pada tahun ini pun sudah menampakkan akan jurang yang agak ketara diantara Pasukan Kelantan berbanding pasukan lain di dalam saingan Liga Super. Jurang mata yang agak jauh berbanding dengan pasukan-pasukan Negeri yang lain membuktikan keadaan itu.

No comments:

Post a Comment

  © Super Warriors Info Sukan, Berita dan Isu Semasa by RedsfcNews Media 2012

Back to TOP  

Facebook Twitter Yahoo!