8 Mar 2012

Tahniah Kepada Penyokong Kelantan TRW.

Ucapan TAHNIAH kepada penyokong Kelantan TRW yang datang ke stadium semalam yang menyaksikan Kelantan hanya mampu seri menentang NaviBank Saigon dalam saingan Piala AFC. Perlawanan berjalan dengan lancar serta memberi kelegaan kepada KAFA kerana tiada perkara-perkara yang amat dibimbangi oleh KAFA berlaku. Tiada balingan objek kedalam padang, tiada pembakaran mercun dan sebagainya berlaku sama ada dibangku penyokong atau kedalam padang. Tahniah.


Inilah yang kita mahukan dari penyokong kerana perlawanan semalam disiarkan ke banyak negara luar. Gelagat serta cara sokongan kita juga diperhatikan oleh pihak AFC dan ianya salah satu kretaria yang penting untuk meningkatkan gred Liga kita dari "gred D" kepada 'Gred C'.

Teruskan sokongan dan sikap sebegini apabila perlawanan kedua AFC nanti yang dikhabarakan akan dimainkan di Kota Bharu. Jangan ada lagi balingan objek atau pembakaran mercun didalam stadium kerana denda yang amat tinggi akan dikena oleh pihak AFC kepada pihak tuan rumah(KAFA) dan ini amat merugikan kita semua.

Walaupun kehadiran penyokong yang agak berkurangan sekitar 6000 org, namun ianya tetap membanggakan jika diambil kira dengan faktor-faktor luaran yang lain seperti hujan yang lebat sejak dari sebelum perlawanan serta perlawanan dilangsungkan pada hari berkerja. Buktikan bahawa kita juga mampu menjadi penyokong yang terbaik kepada pasukan Kelantan dan Malaysia amnya.

No comments:

Post a Comment

  © Super Warriors Info Sukan, Berita dan Isu Semasa by RedsfcNews Media 2012

Back to TOP  

Facebook Twitter Yahoo!