20 Apr 2012

Kelantan turun Menentang Kedah Dengan Barisan Terkuat Mereka

Barisan pemain terkuat Kelantan akan diturunkan malam ini apabila Kelantan malayan kunjungan pasukan Kedah dilaman sendiri didalam pertandingan Piala FA peringkat separuh akhir pertama. Mampukah Kelantan mencari bekalan selesa dalam perlawanan malam ini?Sama-sama kita saksikan malam ini. Pasukan Kelantan dijangka akan menurunkan barisan pemain terkuatnya malam ini apabila para pemain yang cedera seperti Norshahrul dan Khairul Fahmi sudah kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan.Perlawanan malam ini amat penting bagi pasukan Kelantan yang mengidamkan agar mereka dapat mendakap Piala FA buat pertama kali dalam sejarah pertandingan pada penampilan kali ini. Hanya Piala ini lah satu-satunya yang masih belum dimiliki oleh pasukan Kelantan.

Para pemain kelantan pula sudah hampir kesemuanya sedia untuk diturunkan termasuk Azizi serta Azlan Ismail. Hanya Aziz sahaja yang masih berada didalam senarai pemain Kelantan yang tercedera. Dengan kembalinya Ghaddar kedalam pasukan Liga M, diharapkan gandingan semula beliau dengan penyerang berbisa tempatan iaitu Norshahrul atau Mat Yo akan lebih mantap dan akan berjaya merobek gawang lawan malam ini. kembalinya Azlan Ismailkedalam pasukan, maka Bojan Hodak iaitu ketua jurulatih Kelantan memiliki lebih banyak pilihan untuk diturunkan dibarisan serangan pasukan Kelantan.

Ketua pasukan Kelantan,Piya dijangka diberi peranan yang cukup besar malam ini sebagai jeneral dibahagian tengah disamping Indra serta dibantu S.Chanturu dan Shakir di bahagian tersebut. Dibahagian pertahanan pula dijangkakan Obinna akan mengetuainya dibantu oleh pertahanan kental iaitu Subra disamping Daudsu diberi peranan sebagai pertahanan kanan dan Ropy sebagai perthanan kiri.

Kepada para penyokong setia pula diharapkan agar memenuhi ruang stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan Kelantan TRW. dengan sokongan dan sorakan anda boleh menaikkan lagi semangat pemain. Hadirlah kestadium dengan semangat kesukanan yang tinggi supaya dapat dijadikan contoh terbaik kepada pasukan lain didalam kita memberi sokongan. Elakkan dari melakukan perkaraa yang boleh merosakkan semangat kesukanan kita.

FAM....Persatuan BOLASEPAK atau Syarikat Cari Untung??

Adakah FAM itu sebuah organasasi pentadbir bolasepak atau sebuah badan bukan kerajaan seumpama Syarikat Koperat? Jika nak dikatakan sebuah badan pentadbir Bolasepak, maka banyak lah perkara yang tidak betul dilakukan oleh FAM. Penulis ingin menanyakan, apa yang FAM lakukan untuk menaikkan lagi taraf LIGA M yang menjadi tempat para pemain dari segenap tempat di Malaysia menunjukan aksi mereka? Tidak nampak walau sedikit pun usaha kearah itu. Bagaimana pula dengan bantuan atau pemantauan FAM terhadap kewangan FA Negeri? Rasanya FAM seumpama melepaskan anak ayam kehilangan ibu sahaja.FA Negeri terpaksa mencari dana sendiri untuk menbiayai pasukan mereka sedangkan wang tajaan untuk Liga disapu oleh pihak FAM.
Dari segi penjanaan dana pula, FAM nampaknyalebih kepada mencari keuntungan kepada diri sendiri daripada menyalurkan Dana tajaan kepada FA Negeri yang terlibat didalam Liga M. Kenapa perkara ini berlaku? Jawapannya adalah, FAM itu sendiri ditadbir secara tidak betul. Maka dengan itu, macam mana lah taraf Liga kita nak meningkat jika badan induknya sendiri jalan tak betul. Penulis memberi contoh. Wang tajaan atau dana Kerajaan diberikan terus kepada FAM sebagai badan induk pentadbir dan menjadi tanggungjawan FAM untuk menyalurkan kepada FA negeri bagi tujuan pengurusan dan pentadbiran, namun adakah wang tersebut diagihkan secara adil kepada setiap pasukan yang terlibat? Rasanya TIDAK. Baru-baru ni kecoh didalam satu seminar kelab penyokong mengenai permintaan Presiden KAFA iaitu Tan Sri Anuar Musa supaya siaran secara langsung yang melibatkan pasukan Kelantan 'dikurangkan', kerana dakwa beliau, setiap kali siaran langsung disiarkan dari kota Bharu(SSMIV)maka pihak KAFA kerugian purata 20% dari segi duit kutipan tiket kerana kemerosotan penyokong.


Persolannya adalah, mengapa perkara ini berlaku? Bagi penulis, ianya berlaku oleh kerana sistem yang tidak betul yang diamalkan oleh FAM. Mereka hanya menyalurkan dana secara 'borong' iaitu Geran Tahunan kepada semua FA Negeri dan jumlah yang tetap iaitu setahun sekali pada setiap awal musim. Dan dengan dana tersebut juga lah FA Negeri terpaksa gunakan untuk pelbagai aktiviti serta pengurusan pasukan untuk Liga Super. FAM mengambil kembali wang tersebut apabila setiap perlawanan dilangsungkan disetiap Venue FAM akan mendapat hasil dari wang tiket secara pembahagian secara berapa tiket terjual. Penulis difahamkan pihak Astro membayar satu jumlah yang besar kepada FAM bagi tujuan membeli hak siaran untuk Liga M namun wang tajaan tersebut tidak sampai kepada pasukan yang terlibat dimana perlawanan mereka di ambil untuk siaran langsung. Maka memang patut lah TSAM bersuara dalam hal ini.Perlu diingat, bolasepak di Malaysia ini, sumber kewangan adalah lapan puluh peratus bergantung kepada hasil jualan tiket.

Tan Sri Anuar Musa sudah beberapa kali mengutarakan cadangan beliau melaluai Malaysia Super League Sdn. Bhd. supaya setiap pasukan yang mana perlawanan mereka diambil untuk siaran langsung dibayar sebanyak RM25,000.00 kepada tuan rumah dan RM10,000.00 kepada pasukan pelawat sebagai gantirugi diatas siaran langsung tersebut. Dan perkara ini perlu dilakukan oleh FAM yang telah menerima wang bayaran hak siaran oleh pihak Astro. Pihak Astro pula sudah membayar dan mereka bebas untuk mengambil mana-mana perlawanan yang mereka rasakan menarik. Dan sehinggalah Tan Sri digantung dari jawatan beliau, perkara ini tidak juga diselesaikan dan tiada sedikit pun perkembangannya. Dan dengan itulah penulis menarifkan bahawa FAM ni lebih kepada mencari keuntungan daripada menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir bolasepak di Malaysia. Sepatutnya setiap hasil tajaan kepda Liga diagihkan secara saksama kepada setiap pasukan yang terlibat kerana pihak FAM sudah pun diberi dana yang agak besar oleh Pihak Kerajaan bagi tujuan menguruskan bolasepak di Malaysia.

Ghaddar kembali ke LIGA M

Maka tamat lah teka teki yang selama ini bermain diminda para penyokong dan peminat setia TRW iaitu siapakah yg akan tersenarai sebagai pemain Import kedua untuk Liga M disamping Obinna Nwaneri. Ghaddar telah di sahkan sebagai import yang akan beraksi kembali di Liga M.

Persoalan kini adalah, mampukan Ghaddar membalas kepercayaan serta sokong peminat TRW dengan memberikan persembahan terbaik beliau sepertimana yang beliau tunjukkan didalam perlawanan-perlawanan Piala AFC?. Didalam pertandingan AFC, beliau berjaya meledakkan enam gol dalam tiga perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Beliau harus menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin supaya nilai pelaburan yang dilakukan oleh pihak pengurusan(KAFA) mendapat pulangan setimpal dengan pelaburan mereka. Kita sebagai penyokong pula berperanan dengan memberikan dorongan serta semangat kepada Beliau supaya terus berjaya dan menunjukkan mutu permainan yang baik.Teruskan sokongan anda demi kemajuan pasukan kita Kelantan TRW..

13 Mar 2012

Apa Setuasi Sebenar KAFA Dengan Pemain Import Kelantan?

Apakah sebenarnya rancangan pengurusan KAFA dengan pemain import? Persoalan ini sebenarnya agak sukar untuk difahami oleh kebanyakan penyokong.Ianya perlu difahami dengan teliti.Penulis sebenarnya agak terkejut dan kurang faham juga pada awalnya dengan apa yang dilakukan oleh pihak KAFA. Jadi Penulis cuba mendapatkan maklumat-maklumat tentang pemain-pemain yang diambil oleh pihak KAFA.Dengan sedikit sebanyak maklumat yang penulis perolehi, maka penulis merasakan apa yang penulis catatkan inilah strategi yang cuba dirancang oleh pihak pengurusan KAFA.

Pemain-pemain import yang dicuba serta ditandatangi kontrak oleh KAFA kebanyakkannya adalah dibawah harga pasaran serta mempunyai masa depan yang agak cerah kerana sesetengahnya masih terlalu muda untuk bermain didalam Liga yang kompatatif. Namun ianya baik untuk perancangan masa depan pasukan. Pemain seperti Antwi dan Okine masih lagi muda dimana mereka hanya berumur sembilan belas dan dua puluh tahun tetapi dengan bakat yang mereka ada, adalah tidak mustahil untuk mereka akan lebih baik dalam satu atau dua tahun akan datang. Gaji mereka pula lebih kurang sahaja dengan pemain tempatan yang ada didalam skuad Kelantan dan lebih rendah dari sesetengah "bintang" yang ada didalam pasukan Kelantan.

Pergi pula kepada kisah Ghaddar. Difahamkan beliau adalah pemain import termahal yang pernah Kelantan miliki namun beliau agak 'demand' pada awalnya dan ini bolehlah dikatakan agak kurang baik kepada pengurusan dan para pemain lain didalam pasukan. Pihak pengurusan tidak mahu melayan kerenah yang ditimbulkan tersebut maka dengan yang demikianlah pihak pengurusan cuba mendapatkan pemain import lain. Namun kekangan kewangan membataskan pihak KAFA untuk mengambil pemain import lain yang setara dengan prestasi Ghaddar.


Mahu tidak mahu KAFA terpaksa juga menggunakan khidmat Ghaddar. setelah diberi peluang yang agak lama didalam pasukan, namun Ghaddar ada pula masalah lain dari pandangan dan penilaian jurulatih sebelum ini iaitu Butler. James Butler tidak berpuashati dengan tahap kecergasan Ghaddar dan meminta agar KAFA mencari alternatif pemain import lain sedangkan KAFA tidak mampu lagi untuk mencari pemain yang setara prestasi dan kebolehan seperti Ghaddar disebabkan kekangan kewangan yang membataskan perbelanjaan KAFA.

Dalam setuasi tersebut KAFA didatangi ejen menawarkan khidmat Nwoha secara percuma kepada KAFA. Nwoha sebenarnya hanya bergantung kepada rekod lama beliau sahaja bila menawarkan diri bermain dengan Kelantan.Pada awalnya pihak KAFA agak keberatan untuk mengambil Nwoha bermain, namun pihak pengurusan bersetuju memberi peluang kepada Nwoha dengan bersyarat. Dan syarat itu dibincang oelh kedua-dua belah pihak serta dipersetujuai bersama. KAFA meletakkan syarat iaitu dengan setuasi tanpa diuji terlebih dahulu prestasi didalam permainan serta dengan rekod lama tidak bermain, mereka boleh memberi peluang kepada Nwoha bermain dalam tempoh masa ditentukan tanpa bayaran gaji. Dan Nwoha menyahut cabaran tersebut asalkan beliau diberi peluang bermain dan berlatih dengan pasukan utama TRW. Adakah Nwoha akan berjaya dengan pertaruhannya itu? Sama-sama kita tunggu dan lihat sehingga bulan April nanti.Sekiranya Nwoha berjaya mepamerkan prestasi terbaiknya dalam masa yang ditetapkan oleh KAFA, maka beliau akan ditawarkan kontrak untuk bermain dengan TRW.

Sebenarnya KAFA tidak bimbang dengan resiko yang diambil oleh mereka kerana mereka sudah pun memiliki para pemain tempatan yang baik serta bintang-bintang utama di Malaysia bermain dalam pasukan TRW. Mereka tidak dalam keadaan terdesak untuk mencari pemain import untuk mengisi posisi yang bermasalah oleh kerana mereka sudah memilikinya disegenap posisi. Mereka boleh dikatakan sudah cukup pemain yang boleh digilirkan dengan kemasukan pemain tempatan terbaik seperti Indra, Azizi, Farhan serta Azlan Ismail kedalam pasukan TRW. Mereka juga mengekalkan kesemua pemain utama yang membawa kejayaan kepada TRW pada musim 2011. SEMOGA BERJAYA TRW

12 Mar 2012

Betulkah Pemain Import Kelantan Tidak Berkualiti?

Betulkan para pemain import yang diuji serta diambil oleh pasukan Kelantan sekarang ini tidak berkualiti dan tidak setanding import pasukan lain dalam Liga M? Persoalan inilah yang sering dipersoalkan oleh para penyokong kita sekarang. Bagi pendapat penulis, pemain import yang diambil oleh pasukan Kelantan sebenarnya setanding dengan pemain import yang bermain dengan pasukan lain didalam Liga M.
Contoh yang paling ketara adalah pemain seperti Zakaria Charara dan Amanuel Okine yang dipinjamkan oleh Pasukan Kelantan kepada Kuala Lumpur. Pemain ini tidak mendapat tempat didalam pasukan Kelantan sekarang namun menjadi tonggak dan kesebelasan utama dalam pasukan Kuala Lumpur. Jika dikatakan pemain import negeri lain hebat-hebat belaka rasanya tidak juga. Perlu diingat, pemain import juga bergantung atas banyak faktor untuk membuktikan kemampuan sebenar mereka.

Penulis mengambil contoh pemain import pasukan Negeri Sembilan dan Selangor. Walaupun rasanya pemain ini jauh lebih mahal dibayar berbanding pemain import Kelantan namun prestasi mereka tidak lah sehebat mana buat masa sekarang ini. Mereka nampak hebat dan menyerlah pada peringkat awal penampilan mereka didalam pasukan, namun selepas itu mula tenggelam. Kenapa ini berlaku? Itu yang penulis katakan bahawa mereka juga tidak jauh bezanya dengan pemain import yang Kelantan miliki.
Mereka nampak bagus pada awal penampilan oleh kerana para pemain pasukan lain belum dapat membaca permainan mereka. Berlainan dengan import Kelantan seperti Mohammad Ghaddar yang berstatuskan penjaring terbanyak Liga serta penjaring terbanyak AFC, sudah tentu akan mendatangkan gerun kepada pasukan lawan, dan dengan itu sudah tentu persediaan serta kawalan ketat akan terarah kepada beliau.Itu hanya salah satu faktornya, dan faktor yang paling utama adalah, yang perlu akuai adalah amat sukar bagi mana-mana pemain import untuk mendapat tempat serta berprestasi menonjol dalam masa yang singkat didalam mana-mana pasukan lebih-lebih lagi bila bermain dengan sebuah pasukan yang memiliki ramai pemain yang hebat seperti pasukan Kelantan.
Mereka perlu megatasi tahap prestasi pemain tempatan yang ada didalam pasukan tersebut yang sudah lama bermain bersama dan sudah mengenali permainan masing-masing didalam pasukan. Lebih-lebih lagi pasukan seperti Kelantan yang sudah memilki pemain-pemain yang hebat didalam pasukan seperti Mat Yo, Indra, Farhan, Chanturu, Nurul serta Piya dibarisan depan dan tengah. dan mereka ini sudah mengenali corak permainan masing-masing dan agak serasi bila bermain bersama-sama sebagai satu pasukan. Setuasi ini berlainan bagi seorang pemain import yang baru bermain didalam pasukan. Maka amat wajarlah kita memberi mereka sedikit masa untuk menyesuaikan diri serta mengenali corak rakan-rakan baru mereka didalam pasukan.

Agak mudah bagi pemain import untuk bermain dengan pasukan yang tidak mempunyai ramai pemain yang hebat berbanding bermain dengan sebuah pasukan himpunan bintang seperti pasukan Kelantan. Ini kerana mereka akan nampak hebat didalam pasukan tersebut serta menonjol oleh kerana pemain lain didalam pasukan tersebut tidak setanding dan sehebat mereka walaupun hakikatnya prestasi import tersebut tidak lah terlalu jauh bezanya prestasi mereka jika dibandingkan dengan pemain tempatan lain yang ada didalam sesetengah pasukan gergasi di Malaysia. Perlu juga diingat bahawa pasukan lemah akan melipatgandakan prestasi mereka bila bermain dengan pasukan seperti Kelantan untuk mencapai kejayaan.

Mampukah Kelantan Menjuarai Liga Pada Peretengahan Musim?

Mampukan pasukan Kelantan mengekalkan rentak kemenangan untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai pendahulu Liga hingga ke perlawanan terakhir pertengahan musim?. Dengan prestasi terkini penulis berasakan amat yakin Kelantan mampu melakukannya.

Prestasi Kelantan kini menampakkan semakin meningkat walaupun agak bermasalah pada awal musim. Walaupun dilanda pelbagai masalah, namun ianya tidak sedikitpun menjejaskan prestasi pasukan Kelantan. Inilah kelebihannya apabila sebuah pasukan itu memiliki para pemain yang berpengalaman serta bagus.

Walaupun dengan pertukaran jurulatih yang baru iaitu Bojan Hodak bagi menggantikan James Peter Butler yang dikatakan bermasalah dengan pihak pengurusan, namun ianya langsung tidak menjejaskan prestasi dan tumpuan para pemain kepada pasukan.Dengan penerapan corak latihan serta taktikal baru oleh Hodak, namun ianya tidak memerlukan masa yang agak lama untuk praktikkan dengan baik oleh para pemain Kelantan.Dalam tiga perlawanan terakhir dibawah bimbingan Bojan Hodak, Kelantan belum pernah tewas dan menjaringkan lima gol serta bolos tiga mencatat dua kemenangan dan seri sekali.Ianya agak bagus bagi seoarang jurulatih yang baru mengambil alih pasukan.
Kelantan akan mengharungi jadual perlawanan yang agak padat pada dua minggu terakhir bulan Mac nanti. Bermula dengan perlawanan Liga Super menentang Perak ditempat lawan, kemudian pasukan Kelantan akan terbang ke Myanmar untuk bermain dalam perlawanan Piala Afc pula tiga hari kemudian iaitu pada 21 Mac. Namum bagi penulis, Kelantan tidak akan menghadapi masalah besar dengan susuanan jadual yang padat ini kerana mereka memilki para pemain simpanan yang sedia untuk diturunkan dan telah terbukti mampu untuk menggalas tugas yang diamanahkan.

Kelantan memiliki para pemain simpanan dan utama yang agak setara prestasi mereka. Kelantan juga berkelebihan kerana mereka mempunyai dua simpanan pemain import yang boleh bermain di Piala Afc iaiti Mohammad Ghaddar dan Deny Antwi.Maka dengan itu Kelantan ada banyak kelebihan kerana telah bersedia sejak dari awal lagi. Mereka sudah menjangka perkara ini akan berlaku apabila mereka terlibat dengan perlawanan Piala Afc.

9 Mar 2012

Kenapa Nwoha Masih Kekal Sebagai Pemain Import TRW

Apakah betul dan adil cara kita menilai pemain IMPORT yang kita ada? Apa yang kita nilai dari mereka? Adakah bagi seorang penyerang kita hanya menilai dengan jaringan yang dibuatnya? Bagaimana pula denga peranan atau sumbangannya kepada pasukan? Adakah tiada nilai di pandangan kita?

Bukan mudah untuk kita menilai seadilnya kecuali jika kita mengetahuai segala maklumat dan perancangan pihak yang berkenaan, iaitu pihak pengurusan dan kem kejurulatihan pasukan. Setiap pasukan sudah pasti ada cara mereka tersendri yang ingin mereka gunakan dan disinilah memerlukan seseorang pemain yang sesuai dengaan perancangan pasukan. Selalunya yang menjadi mangsa cemuhan penyokong adalah pemain IMPORT yang bermain diposisi penyerang dan agak mudah bagi pemain yang bermain diposisi selain dari penyerang.


Disini penulis ingin bekongsi pandangan penulis dengan anda semua perihal import kita yang bernama Nwoha.Tahukah kita kenapa dengan prestasi yang agak buruk namun beliau masih lagi ada tempat dan kekal dalam pasukan TRW? Ini kerana Nwoha ada "pertaruhan perjanjian" dengan pihak pengurusan. Dan pertaruhannya adalah prestasi dan kebolehan beliau. Mengikut maklumat yang diperolehi, pihak pengurusan bersetuju untuk membenarkan Nwoha bermain serta berlatih dengan pasukan TRW dengan syarat tanpa ada sebarang bayaran atau pampasan dikenakan oleh pihak Nwoha. Dan Nwoha bersetuju dengan syarat tersebut dengan mempertaruhkan prestasi beliau sebagai sandaran.Beliau cukup yakin dengan kebolehan beliau, maka kita tunggu dan lihat saja hasilnya.

Mengikut perjanjian tersebut, pihak pengurusan akan menilai prestasi Nwoha didalam semua pertandingan yang melibatkan pasukan Kelantan iaitu sehingga ke awal bulan April, iaitu tarikh untuk perpindahan dan pendaftaran pemain import dibuka semula. Perjanjian ini bolehlah dianggap sebagai perjanjian menang-menang antara kedua belah pihak. Kenapa Nwoha sanggup bermain tanpa sebarang bayaran? Ini kerana beliau tiada pasukan untuk berlatih dan bermain didalam perlawanan yang kompatatif dan Kelantan lah tempat yang terbaik bagi beliau mengembalikan semula sentuhan permainan beliau yang hilang. Nwoha berehat terlalu lama dari sebarang perlawanan dan juga berlatih bersama sebagai sebuah pasukan dan disebabkan faktor inilah prestasi beliau begitu menjunam.




Dari penilaian penulis, ianya bukan sesuatu yang "tak Mungkin" bagi seorang pemain seperti Nwoha kembali menemuai sentuhannya yang hilang jika dilihat dari segi kesungguhan dan displin yang beliau tonjolkan. Beliau baru sahaja melaluai sebanyak 4 perlawanan dan berlatih bersama lebih kurang sebulan namun sudah banyak peningkatan yang telah beliau capai dan tunjukkan. Yang paling penting sekarang ini adalah beliau perlu meningkatkan lagi tahap kecergasan beliau. Kelebihan yang dimiliki Nwoha ialah beliau boleh membuat tendangan padu dari kedua-dua belah kaki beliau dan kekurangan kepada saingan beliau iaitu Ghaddar dan Antwi.

Kenapa KAFA memilih Nwoha berbanding Ghaddar? Ini kerana pihak KAFA yakin dengan pemain-pemain tempatan yang mereka miliki didalam pasukan dan mereka yakin tanpa pemain import pada jentera serangan pun, pasukan mampu menjaringkan Gol dengan adanya Mat Yo, Indra, Piya serta pemain-pemain lain yang juga mampu menjaringkan gol. Dengan tenaga tempatan pun Kelantan sudah nampak agak kuat dibahagian serangan mereka. Dan disini pihak pengurusan menyusun strategi awal dengan mepertaruhkan Nwoha sebagai pemain import "percuma" didalam pasukan.




Nampaknya perancangan KAFA sudah nampak sedikit sinar bila dinilai dari peningkatan yang dipamerkan oleh Nwoha dan bukan sesuatu yang mustahil apabila tamat perjanjian nanti, Nwoha sudah menemuai sentuhan yang beliau cari selama ini dengan peluang yang diberikan oleh KAFA kepada beliau.Kita doakan kejayaannya demi sokongan kita kepada TRW. Hanya sokongan serta kata-kata semangat dari kita sebagai penyokong yang boleh membantu para pemain diatas padang.

Tempat untuk seorang lagi pemain import TRW iaitu Obina Nwaneri boleh dikatakan selamat. Dengan prestasi serta kecekapan beliau mengemudi benteng pasukan, rasanya beliau memang tiada masalah untuk kekal kecuali jika beliau ada masalah displin dengan pasukan. Rasanya tidak ada.Dengan pengalaman yang luas yang beliau miliki diperlawanan-perlawanan peringkat antarabangsa maka cukup cepat untuk beliau menyesuaikan diri dengan pasukan. Persaingan sekarang adalah antara Nwoha, Ghaddar dan Antwi untuk merebut satu tempat sebagai pemain import untuk Liga M.


GOMO KELATE GOMO



Ini adalah pandangan penulis semata-mata.

  © Super Warriors Info Sukan, Berita dan Isu Semasa by RedsfcNews Media 2012

Back to TOP  

Facebook Twitter Yahoo!