20 Apr 2012

FAM....Persatuan BOLASEPAK atau Syarikat Cari Untung??

Adakah FAM itu sebuah organasasi pentadbir bolasepak atau sebuah badan bukan kerajaan seumpama Syarikat Koperat? Jika nak dikatakan sebuah badan pentadbir Bolasepak, maka banyak lah perkara yang tidak betul dilakukan oleh FAM. Penulis ingin menanyakan, apa yang FAM lakukan untuk menaikkan lagi taraf LIGA M yang menjadi tempat para pemain dari segenap tempat di Malaysia menunjukan aksi mereka? Tidak nampak walau sedikit pun usaha kearah itu. Bagaimana pula dengan bantuan atau pemantauan FAM terhadap kewangan FA Negeri? Rasanya FAM seumpama melepaskan anak ayam kehilangan ibu sahaja.FA Negeri terpaksa mencari dana sendiri untuk menbiayai pasukan mereka sedangkan wang tajaan untuk Liga disapu oleh pihak FAM.
Dari segi penjanaan dana pula, FAM nampaknyalebih kepada mencari keuntungan kepada diri sendiri daripada menyalurkan Dana tajaan kepada FA Negeri yang terlibat didalam Liga M. Kenapa perkara ini berlaku? Jawapannya adalah, FAM itu sendiri ditadbir secara tidak betul. Maka dengan itu, macam mana lah taraf Liga kita nak meningkat jika badan induknya sendiri jalan tak betul. Penulis memberi contoh. Wang tajaan atau dana Kerajaan diberikan terus kepada FAM sebagai badan induk pentadbir dan menjadi tanggungjawan FAM untuk menyalurkan kepada FA negeri bagi tujuan pengurusan dan pentadbiran, namun adakah wang tersebut diagihkan secara adil kepada setiap pasukan yang terlibat? Rasanya TIDAK. Baru-baru ni kecoh didalam satu seminar kelab penyokong mengenai permintaan Presiden KAFA iaitu Tan Sri Anuar Musa supaya siaran secara langsung yang melibatkan pasukan Kelantan 'dikurangkan', kerana dakwa beliau, setiap kali siaran langsung disiarkan dari kota Bharu(SSMIV)maka pihak KAFA kerugian purata 20% dari segi duit kutipan tiket kerana kemerosotan penyokong.


Persolannya adalah, mengapa perkara ini berlaku? Bagi penulis, ianya berlaku oleh kerana sistem yang tidak betul yang diamalkan oleh FAM. Mereka hanya menyalurkan dana secara 'borong' iaitu Geran Tahunan kepada semua FA Negeri dan jumlah yang tetap iaitu setahun sekali pada setiap awal musim. Dan dengan dana tersebut juga lah FA Negeri terpaksa gunakan untuk pelbagai aktiviti serta pengurusan pasukan untuk Liga Super. FAM mengambil kembali wang tersebut apabila setiap perlawanan dilangsungkan disetiap Venue FAM akan mendapat hasil dari wang tiket secara pembahagian secara berapa tiket terjual. Penulis difahamkan pihak Astro membayar satu jumlah yang besar kepada FAM bagi tujuan membeli hak siaran untuk Liga M namun wang tajaan tersebut tidak sampai kepada pasukan yang terlibat dimana perlawanan mereka di ambil untuk siaran langsung. Maka memang patut lah TSAM bersuara dalam hal ini.Perlu diingat, bolasepak di Malaysia ini, sumber kewangan adalah lapan puluh peratus bergantung kepada hasil jualan tiket.

Tan Sri Anuar Musa sudah beberapa kali mengutarakan cadangan beliau melaluai Malaysia Super League Sdn. Bhd. supaya setiap pasukan yang mana perlawanan mereka diambil untuk siaran langsung dibayar sebanyak RM25,000.00 kepada tuan rumah dan RM10,000.00 kepada pasukan pelawat sebagai gantirugi diatas siaran langsung tersebut. Dan perkara ini perlu dilakukan oleh FAM yang telah menerima wang bayaran hak siaran oleh pihak Astro. Pihak Astro pula sudah membayar dan mereka bebas untuk mengambil mana-mana perlawanan yang mereka rasakan menarik. Dan sehinggalah Tan Sri digantung dari jawatan beliau, perkara ini tidak juga diselesaikan dan tiada sedikit pun perkembangannya. Dan dengan itulah penulis menarifkan bahawa FAM ni lebih kepada mencari keuntungan daripada menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir bolasepak di Malaysia. Sepatutnya setiap hasil tajaan kepda Liga diagihkan secara saksama kepada setiap pasukan yang terlibat kerana pihak FAM sudah pun diberi dana yang agak besar oleh Pihak Kerajaan bagi tujuan menguruskan bolasepak di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

  © Super Warriors Info Sukan, Berita dan Isu Semasa by RedsfcNews Media 2012

Back to TOP  

Facebook Twitter Yahoo!