14 May 2012

Penyokong Terbaik Bersama Pasukan TERBAIK

Dikhabarkan kesemua tiket yang di peruntuk kan kepada KAFA bagi tujuan dijual kepada para penyokong TRW di SSMIV laku seperti goreng pisang panas apabila penjualannya di buka. Sambutan yang amat menggalakkan dari para penyokong 'fanatik' Kelantan.Suasana sebegini amat baik bagi industri bolasepak di Malaysia. Penyokong yang amat berminat kepada sukan bolasepak hanya berpaksi di Kelantan kerana mereka betul-betul sayangkan pasukan mereka serta cinta yang amat mendalam kepada pasukan dan nama Negeri Kelantan itu sendiri.


Mereka bukan sekadar menyokong ketika menang sahaja.Mereka tetap bersama pasukan tidak kira apa setuasinya. Mereka sanggup membuat perjalanan yang amat jauh yang memakan masa yang bukan sekejap untuk sampai ke Stadium Nasional yang berada di Ibukota Kuala Lumpur bagi menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi. Jika bukan kerana semangat dan cinta yang amat kukuh kepada pasukan, mana-mana penyokong akan berfikir berpuluh kali untuk menghadirkan diri mereka kestadium Nasional. Dan inilah yang dikatakan keistimewaan 'ore Kelate'. Mereka sentiasa bersungguh-sungguh kepada apa yang mereka lakukan. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi nama pasukan dan nama Negeri mereka. Segalanya mereka miliki dan akan lakukan.

Mereka tidak berkira soal wang ringgit serta tenaga dan masa, asalkan mereka boleh memberi serta menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi didepan mata. Inilah yang dikatakan 'CINTAKAN BOLASEPAK SEJATI'.Dengan keprehatinan Kerajaan Negeri iaitu dengan memberikan cuti pada ke esokkan harinya, menambahkan lagi semangat mereka untuk menghadirkan diri memberi sokongan kepada pasukan Kalantan di SNBJ. Apabila semua pihak memberikan kerjasama, maka akan majulah segala bidang yang kita ceburi dan kerjakan.

Kita sama-sama doakan semoga pasukan kita akan berjaya didalam perlawanan Akhir nanti dan mencipta sejarah baru kepada pasukan Kelantan dan Negeri Kelantan amnya...INSYALLAH....GOMO KELATE GOMO.

No comments:

Post a Comment

  © Super Warriors Info Sukan, Berita dan Isu Semasa by RedsfcNews Media 2012

Back to TOP  

Facebook Twitter Yahoo!